Tak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kan? Mesti ramai yang akan membeli barangan pakaian yang baru semperna menyambut hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Kebiasaannya wanita pasti akan membeli kasut baru. Bagaimana nak pilih kasut yang terbaik untuk kita agar kita selesa bila keluar pergi beraya atau berjalan? Jom ikuti blog ini sehingga habis untuk mengetahui tipsnya
1. Ukur kaki sebelum beli kasut baru
Anda perlu ingat bahawa, dari masa ke masa, kaki anda boleh menjadi sedikit lebih panjang dan lebar, jadi anda harus mengukurnya setiap tahun. Terutama jika anda suka membeli kasut melalui Internet.
2. Pilih ukuran kasut baru berdasarkan ukuran kaki yang lebih besar
Percaya atau tidak, ramai orang mempunyai sebelah kaki sedikit lebih besar daripada yang lain. Oleh itu, anda harus mencuba beberapa pasang dengan ukuran yang berbeza dan pilih kasut yang buat anda selesa pada kedua kaki.
3. Kestabilan harus menjadi syarat bila anda membeli kasut baru
Sekiranya anda mencuba kasut bertumit tinggi, cubalah memberi sedikit tekanan pada bahagian tengah kaki. Dalam beberapa kes, ini akan menyebabkan tumit tergelincir ke belakang.
4. Anda harus perhatikan fleksibiliti insole
Ambil kasut dan cuba bengkokkan bahagian jari kaki. Insole yang tidak lentur menghalang sendi kaki bergerak secara normal. Ini boleh mengakibatkan gangguan dan keletihan yang cepat.
5. Sentiasa periksa kasut baru dengan tangan dari dalam
Permukaan dalaman mestilah lembut, tanpa jahitan dalaman yang kasar. Insole harus lentur dan mudah ditanggalkan.
WOW! SOCAZ ada buat PAYDAY SALE !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Stokin Calista
- Stokin Season
- Stokin Henna
- Handsock Aaisya
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber:
https://wanista.com/2021/247844/ikut-6-peraturan-ini-sebelum-beli-heels-yang-baru/