Dalam memulakan sesuatu perniagaan, kita diwajibkan untuk membuat logo untuk perniagaan yang kita bakal jalankan tersebut. Pernahkah kita terfikir mengapa pentingnya logo dalam sesuatu perniagaan itu? Terdapat beberapa sebab mengapa logo diperlukan dalam menjalankan sesuatu perniagaan.
1. Menjelaskan identiti
Logo bisnes adalah muka depan bagi sesebuah syarikat, dengan logo juga menjelaskan siapa kamu dan apa yang kamu jalankan. Dengan logo juga orang akan tahu mengenai value yang kamu bagi serta kelebihan bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ataupun produk kamu.
Identiti kamu terlakar pada logo perniagaan yang kamu buat dan ia juga melambangkan kekuatan syarikat kamu. Sebagai contoh yang boleh diberikan iaitu Proton, tahukah anda bahawa Proton sudah beberapa kali mengubah logo mereka, ia mengikut peredaran, misi & visi mereka juga.
2. Menarik minat pelanggan baru
Logo yang unik & menarik yang di letakan pula pada signboard, risalah atau dimana-mana ruang iklan sebenarnya mampu untuk menarik minat bakal pelanggan baru kamu untuk mereka mengatahui lebih lagi tentang apa yang anda lakukan.
Begitu juga bila logo yang kita miliki itu kita letakkan di laman sosial media dan jika anda mempunyai website letakan di dalam website anda. Orang yang nampak akan tertarik mereka akan cari tahu lebih lagi tentang apa yang anda lakukan dan sediakan. Konsep yang sama tetapi yang membezakannya adalah platform yang digunakan.
Pastikan logo milik kita miliki tidak semestinya perlu nampak mahal, mewah & gah semata-mata. Tapi, cukuplah ia simple, unik & bersesuaian dengan bisnes yang kita jalankan. Bila logo mempunyai identiti yang kuat maka keunikan itu akan timbul dengan sendiri.
3. Membezakan brand anda dengan brand lain
Hal ini paling ketara sekiranya menggunakan logo pada bisnes anda kerana ia dapat membezakan produk atau perkhidmatan anda dengan pesaing anda. Benar bahawa sama-sama menjalankan perniagaan yang sama tetapi apa yang dapat membezakan anda dan pesaing selain dari strategi dan konsep perniagaan adalah logo yang telah dicipta hasil usaha sendiri.
Jika anda buat logo selepas ini, pastikan logo yang anda buat kelihatan unik, kemas dan berbeza daripada pesaing anda. Jangan membuat logo yang tidak logik sehingga tidak menampakkan kaitan dengan bisnes yang anda jalankan.
4. Brand loyalty atau kesetiaan jenama
Dalam memupuk kesetiaan pelanggan pada jenama kita bukanlah sesuatu yang mudah. Ada banyak proses yang kita perlu buat dan sediakan. Jadi persediaan awal untuk memupuk setianya pelanggan pada jenama yang anda hasilkan, bisnes yang anda jalankan itu perlulah mempunyai identiti yang kukuh dan kuat. Dengan identiti yang kuat ini anda inspirasikannya kepada logo perniagaan anda. Cara ini juga dapat memupuk kesetiaan pelanggan pada jenama anda.
5. Boleh digunakan dimana-mana platform
Jika anda seorang ahli perniagaan yang agresif dan giat melakukan aktiviti pemasaran secara meluas maka dengan apa yang anda miliki itu, anda boleh meletakkan di mana-mana pun platform pengiklanan yang anda ingin lakukan. Sama ada dalam bentuk tradisional mahupun moden. Oleh itu, pastikan logo yang bakal dibuat adalah sesuai dan dapat dilihat dengan jelas tentang apa jua platform yang anda akan gunakan.
Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
- Stokin Soka Original New Edition
- Surprise Box by SOCAZ
Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
www.socaz.my
Sumber: