Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk belajar. Bagaimanapun, ia adalah terpulang kepada kita untuk menilai dan memilih teknik yang sesuai. Di sini saya akan berkongsi bersama anda sedikit teknik belajar yang sesuai yang boleh anda amalkan untuk belajar sebelum mengambil bahagian dalam peperiksaan anda.
1. Salin Semula
Anda perlu menyalin semula nota yang anda sudah pelajari di dalam kelas. Anda boleh membuat demikian dengan memulakan dengan membuat nota baru dengan sumber-sumber yang ada seperti buku teks atau rujukan. Selepas selesai, anda boleh baca setiap perenggan dengan teliti kemudian salin semula perenggan yang hendak disalin.
Ulang proses ini dan anda akan dapat mengingat semuanota yang telah anda tulis.
2. Buat semula latihan
Melakukan latihan yang terdapat dalam buku teks, buku rujukan atau buku latihan secara berulang. Ambil masa untuk membuat kembali ulangan dari semasa ke semasa dan semak jawapan setiap kali selepas latihan itu selesai dilaksanakan.
3. Lafaz kuat dan berulang
Cuba semak notak atau maklumat yang anda buat itu dan menyebut ayatnya dengan suara yang lantang dan kuat secara berulang kali. Anda boleh mulakan dengan menyebut perkataan sambil melihat pada nota yang telah dibuat. Kemudian teruskan dengan menyebut nota-nota yang telah dibuat tanpa melihat pada nota tersebut.
4. Semak semula
Anda perlu semak semula latihan yang anda lakukan. Dengan cara ini anda akan jadi lebih yakin dengan jawapan yang diberikan dan mengesan kesilapan yang anda lakukan pada latihan yang telah dibuat. Cara ini merupakan salah satu cara yang berkesan sekiranya diperaktikan bagi memperoleh jawapan yang paling tepat dan boleh digunakan semasa menghadapi peperiksaan nanti.
WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Original Tapak Hitam Skin
- Handsock Hannah
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber:
https://www.cikguzamrud.com/teknik-belajar-yang-berkesan-dan-sesuai-untuk-pelajar/