icon-search

Tips Elakkan Kecederaan Semasa Bersukan

Tips Elakkan Kecederaan Semasa Bersukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Kecederaan sukan boleh berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal termasuklah semasa bersukan ataupun beriadah.

Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan sukan juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan sukan juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.

Terseliuh, kekejangan otot dan tisu terkoyak merupakan antara kecederaan yang berkait rapat dengan kecederaan sukan. Entri kali ini, kami akan kongsikan antara langkah untuk mengelakkan kecederaan ketika bersukan.

1. Lakukan sesi warm-up atau regangan

Lakukan sesi warm up atau regangan selama 15-20 minit sebelum sesi latihan mahupun sukan. Sesi warm up akan meningkatkan suhu badan untuk menyediakan otot sebelum melakukan aktiviti 'strenous'. Warm up juga akan mengurangkan kesakitan otot.

2. Pakaian dan kasut yang bersesuaian

Memakai baju yang breathable akan membantu penyerapan peluh dan mengelakkan heat entrapment yang akan mengurangkan masa bersukan. Pemakaian kasut mengikut jenis sukan juga sangat penting untuk mengelakkan buku lali tercedera ketika bersukan.

3. Kawasan bersukan yang selamat

Pastikan kawasan untuk bersukan selamat dan diselenggarakan dengan baik.

4. Senaman meningkatkan kekuatan otot

Melakukan senaman untuk meningkatkan kekuatan otot. Konsistensi melakukan senaman kekuatan otot seperti resistance training, dapat mengelakkan dari risiko kecederaan pada otot ketika high load activity.

5. Dapatkan rawatan doktor jika berlaku kecederaan

Dapatkan rawatan doktor sekiranya berlaku kecederaan dan jangan bermain semasa sakit. Elakkan daripada terus bermain ketika menghadapi kecederaan untuk mengelakkan kawasan kecederaan bertambah teruk. Dapatkan konsultasi doktor atau fisioterapi pada kecederaan anda.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://physiogo.com.my/5-langkah-untuk-mengelakkan-kecederaan-ketika-bersukan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping