icon-search

Tips Gaya Hidup Sihat

Tips Gaya Hidup Sihat

Berdasarkan WHO, menjalani gaya hidup yang sihat bermakna kita melakukan amalan-amalan tertentu seperti menjaga pemakanan dan bersenam dalam mengurangkan risiko penyakit dan kematian. Tidak semua penyakit dapat dielakkan, tetapi penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti boleh dielakkan dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar kegemukan (obesiti) tertinggi di Asia dan bilangan kes penyakit tidak berjangkit juga meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, adalah penting bagi semua individu untuk ketahui kepentingan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Bagaimana untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

1. Diet sihat dan seimbang

Untuk medapatkan badan yang sihat, kita tidak dapat lari daripada menjaga pemakanan supaya ia seimbang dan menyihatkan badan. Gunakan panduan Pinggan Sihat Malaysia yang memberi gambaran mudah bagaimana kita nak bahagikan kumpulan makanan harian kita pada pembahagian pinggan kepada suku suku separuh. 

Suku nasi atau apa saja jenis karbohidrat seperti mi, bihun atau kuey teow. Suku lauk yang berasaskan protein seperti telur, ikan, ayam atau daging. Separuh adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan amalan Suku-Suku Separuh ini, ia sebenarnya menjamin kawalan pengambilan karbohidrat dan membantu kita mencapai keperluan sayur dan buah sebanyak 5 hidangan setiap hari.

2. Menjaga berat badan

Seperti amalan pemakanan yang sihat, kita tidak dapat lari daripada isu kegemukan (obesiti) dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Jika berat badan anda dalam kategori gemuk atau obesiti, anda dalam bahaya. Anda harus fokus kepada usaha mengurangkan berat badan. Ini kerana, kiraan BMI pada tahap obesiti meningkatkan pelbagai risiko penyakit seperti kencing manis, serangan jantung, strok, kanser dan banyak lagi.

3. Rajin bersenam

Terdapat banyak kebaikan apabila kita bersenam, ia dapat meningkatkan reaksi badan kepada hormon insulin, menguatkan otot dan jantung, meningkatkan metabolisma, mengawal tekanan darah dan juga bantu mengawal tekanan emosi. Semua kesan tersebut menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik. Reaksi badan pada insulin yang baik mengurangkan risiko kita untuk mendapat kencing manis. Jantung yang sihat mengurangkan risiko serangan jantung. 

Otot yang sihat juga menjamin fleksibiliti badan yang baik dan mengurangkan risiko jatuh dalam kalangan warga emas. Kawalan tekanan darah dan emosi juga menyumbang kepada kesihatan badan yang lebih baik. Senaman boleh dilakukan dengan banyak cara. Ideanya adalah untuk meningkatkan kadar nadi lebih daripada nadi normal kita. Antaranya adalah dengan berjalan, jogging, berbasikal dan juga berenang.

4. Tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi pada waktu malam adalah penting. Tidur dalam jadual yang sama setiap hari juga mengelakkan kitaran tidur kita daripada terganggu. Tidur yang mencukupi adalah sekitar 7-8 jam untuk golongan dewasa. Tidur yang tidak mencukupi menunjukkan peningkatan risiko untuk mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, strok dan banyak lagi. Kitaran tidur yang tidak baik juga menganggu imbangan hormon dalam badan dan boleh menyumbang kepada kegemukan atau obesiti. Oleh itu, tidur yang cukup dan berkualiti membantu dalam proses kita mendapatkan kesihatan yang baik.

6. Kawal Tekanan Perasaan

Penjagaan emosi dan mengelakkan tekanan adalah penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana, kajian menunjukkan tekanan emosi dikaitkan dengan pelbagai kesan negatif. Antaranya adalah dengan mengganggu sistem pertahanan badan, meningkatkan risiko jangkitan kuman dan penyakit kronik. Tekanan emosi juga boleh menyumbang kepada penyakit mental dan kebolehan badan untuk pulih daripada sebarang penyakit. 

Oleh itu, sentiasa cuba amalkan senaman, dapatkan tidur yang cukup, berkongsi masalah dengan keluarga dan dekatkan diri kepada Tuhan. Makanan yang kita ambil juga haruslah berkualiti dan penuh nutrisi kerana makanan yang tidak berkhasiat boleh meningkatkan risiko kemurungan. Jika ada sebarang tanda kemurungan, segera berjumpa dengan doktor berdekatan dengan anda.

7. Berhenti merokok

Seperti yang diketahui, merokok menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Namun begitu, masih ramai lagi perokok tegar yang sanggup menggadaikan wang ringgit untuk dibakar menjadi asap. Kajian terbaru juga menunjukkan merokok bukan sahaja memberi kesan kepada si perokok malah kepada orang yang berada berdekatan. Ini bermakna, seorang ayah yang merokok sebenarnya telah menyebarkan kesan negatif asap rokok tersebut kepada isteri dan anak-anak mereka. Oleh itu, dalam menjalani gaya hidup yang sihat, merokok adalah perkara yang perlu ditinggalkan.

8. Pemeriksaan kesihatan berkala

Kita tidak tahu jika kita tidak dapatkan pemeriksaan. Hampir 50% rakyat Malaysia yang menghidapi kencing manis dan darah tinggi tidak tahu mereka menghidapinya. Ini menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan dan terus-menerus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

9. Amalkan puasa dan intermittent fasting

Berpuasa di bulan Ramadhan dan puasa sunat tidak seharusnya dilakukan hanya setahun sekali. Ini kerana berpuasa menunjukkan pelbagai kebaikan kepada kesihatan badan. Berpuasa dapat meningkatkan rekasi insulin dalam badan, mengelakkan penyakit kronik dan kanser serta membantu mengurangkan berat badan. Ia boleh dilakukan dengan berhenti daripada makan buat beberapa jam dan makan semula pada tempoh waktu yang ditetapkan.

10. Sertai komuniti atau kumpulan

Dalam setiap perkara yang dilakukan dalam hidup, jika dilakukan berseorangan dikhuatiri kita akan berputus asa di tengah jalan. Oleh itu, cuba dapatkan sokongan daripada sahabat atau keluarga dan ajak mereka untuk turut serta mengamalkan gaya hidup sihat. Sertai komuniti sihat yang sentiasa menjalankan aktiviti riadah atau senaman di kawasan perumahan atau kampung anda.

11. Gunakan teknologi digital untuk kesihatan

Manfaatkan aplikasi digital dan laman web untuk kebaikan dan kesihatan kita. Ada pelbagai aplikasi peranti yang anda boleh muat turun dengan percuma. Ada aplikasi senaman yang bantu anda rekod jarak larian, jumlah kalori senaman dan memberikan motivasi untuk senaman. Aplikasi yang bantu anda kira kalori makanan secara terperinci juga banyak pilihan untuk dimuat-turun. Sebagai contoh, aplikasi Nike Training Club untuk latihan senaman di rumah dan aplikasi MySejahtera untuk periksa gejala COVID-19.

Semoga bermanfaat   

 

WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:

https://sihatologi.com/gaya-hidup-sihat/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping