icon-search

Tips Makanan Diet untuk Kurus

Tips Makanan Diet untuk Kurus

Sebagai seorang yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal sekaligus menjaga kesihatan diri. Kita seharusnya menekankan pemakanan dan sihat dan apakah pemakanan yang sihat? Bagaimana untuk mendapatkan badan idaman tanpa perlu mengambil suplement yang tidak tahu keburukannya setelah mengamalkannya. Jom ikuti entri ini sehingga habis. 

1. Mengurangkan pengambilan karbohidrat

Karbohidrat merupakan nutrisi yang penting dalam pemakanan kerana ianya penting untuk membekalkan tenaga. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi berbanding protein dan nutrisi lain dan pengambilannya perlu dikurangkan. Sebagai contoh, di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji dan sumber karbohidrat yang selalu dimakan dan pengambilannya perlu dikurangkan hingga segenggam sahaja setiap sekali makan. Jangan takut jika anda merasakan kuantitinya tidak cukup kerana rakyat Malaysia selalunya makan melebihi daripada jumlah yang mereka perlukan. Jika anda ingin makan roti, mi, atau sumber karbohidrat yang lain, maka anda perlu mengehadkan kuantiti makanan itu hanya kepada satu genggam sahaja. Tips ini bukan sahaja berkesan dan akan memberikan keputusan yang memuaskan, malah ia merupakan antara menu diet Kevin Zahri yang boleh diteladani.

2. Melebihkan pengambilan protein

Selain memberikan tenaga, protein juga merupakan nutrisi yang penting untuk membina otot dan memulihkan otot-otot yang tercedera. Jika seseorang individu bersenam atau menghadirkan diri ke gimnasium dan melakukan aktiviti seperti mengangkat berat dan sebagainya, otot mereka akan mengalami kitaran kerosakan dan penyembuhan dan individu ini amat memerlukan kuantiti protein yang cukup untuk penyembuhan. Pada masa yang sama, pengambilan protein dalam makanan juga akan memberikan perasaan lebih kenyang. Individu yang mengambil protein dalam makanan akan berasa lebih “cukup” dan tidak akan makan secara berlebihan. Tambahan lagi, protein tidak memberikan jumlah kalori yang tinggi berbanding dengan karbohidrat dan ianya mampu memberikan perasaan yang lebih kenyang, maka ianya disyorkan untuk mengambil protein dengan kuantiti yang lebih banyak.

3. Lebihkan minum air kosong dan kurangkan minum air manis

Air kosong bukan sahaja melegakan kehausan malah ia sebenarnya sangat diperlukan untuk meneruskan metabolisma dan fungsi badan dengan sempurna. Malah, hampir 60% kandungan badan manusia dewasa adalah daripada air. Manusia sangat memerlukan air dan purata jumlah air yang digalakkan untuk diminum adalah sebanyak 6 ke 8 gelas air kosong sehari. Air juga sangat diperlukan untuk kesihatan sistem pencernaan dan untuk mengelakkan dari masalah sembelit yang sering terjadi kepada individu yang mengambil jumlah serat yang sedikit. Air manis perlu dielakkan kerana ia merupakan faktor utama yang membawa kepada kegagalan seseorang individu untuk menurunkan berat badan. Secawan teh tarik yang biasa diminum di Malaysia mempunyai lebih kurang 120 kilo kalori dan 2 cawan teh tarik sudah memadai untuk menyaingi jumlah kalori sepinggan nasi. Untuk menghilangkan 200 kilo kalori, anda perlu berjoging selama 40 minit atau berjalan sejauh 4000 langkah. Adakah anda sanggup berjoging selama 20 minit hanya untuk secawan teh tarik? Fikir-fikirkan.

4. Makan dengan kerap dan dengan jumlah yang sedikit

Apabila anda tidak makan pada durasi yang lama, metabolisma badan anda akan menurun kerana ia beranggapan yang anda sedang menyimpan tenaga. Apabila metabolisma badan menurun, badan akan menghadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan dan pembakaran kalori akan menjadi lebih perlahan. Maka, anda amat disarankan untuk makan dengan lebih kerap tetapi mengambilnya dengan jumlah yang sedikit.


Sumber:
https://www.doctoroncall.com.my/soalan/makanan-diet



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping