icon-search

Tips Mendidik Anak Mengikut Cara Rasulullah

Tips Mendidik Anak Mengikut Cara Rasulullah

Di dalam era moden ini, mendidik anak mengikut cara Rasulullah selalu dilupakan. Zaman moden yang penuh dengan teknologi yang cangggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak untuk mendidik anak-anak mereka. Berbalik kepada ajaran Islam, kita perlu didik anak mengikut cara Rasulullah SAW.  Ramai ibu bapa yang prihatin zaman ini tercari-cari teknik terbaik untuk mendidik anak mereka.

Di barat, teknik keibubapaan yang sedang popular adalah Keibubapaan Positif atau Positive Parenting.

Apakah yang dimaksudkan dengan Positive Parenting?

Dr Laura Markham, seorang pakar keibubapaan barat mengatakan bahawa:

Positive Parenting memberi makna ibu bapa mengendali dan mendidik anak itu dengan cara yang paling baik. Ianya tidak melibatkan pukulan, jeritan, penghinaan dan pelbagai tindakan negatif yang boleh melemahkan anak dan menjadikan anak lebih cenderung untuk mempunyai masalah.

Dalam Islam, teknik mahupun cara mendidik anak telah lama ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW .  Islam sendiri telah menyediakan contoh terbaik dalam pendidikan anak-anak. Dr Abdullah Nasih Ulwan, yang lebih dikenali sebagai bapa pendidikan Islam ada menggariskan tentang cara-cara mendidik anak-anak dari sebelum berkahwin lagi mengikut panduan yang telah ditunjukkan Nabi Muhammad SAW.

a) Mendidik melalui contoh tauladan yang baik.

Jika contoh yang dilihat dan dipamerkan adalah tauladan yang baik, maka akhlak yang bakal dipamerkan oleh anak juga adalah akhlak yang baik. Namun jika contoh yang ditunjukkan di rumah adalah contoh buruk dan tidak elok untuk pembangunan akhlak anak-anak maka tidak hairanlah jika di luar rumah, mereka mempamerkan akhlak sebegitu juga.  

b) Mendidik dengan cara pemerhatian dan pengawasan 

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengawasi dan memerhatikan anak-anak mereka. Tanpa pengawasan daripada ahli keluarga mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja dan berpeleseran. Maka timbullah mat rempit, bohsia bohjan, dadah, rokok dan sebagainya.

Allah berfirman:

” Suruhlah ahlimu (keluargamu) supaya bersembahyang, dan bersabarlah atas mengerjakannya. ” (Taha:132)

Apakah yang perlu ibu bapa perhatikan ialah memerhatikan solat mereka, pembelajaran anak-anak, mempelajari al-Qur’an, memerhatikan pergaulan anak-anakdan memerhatikan tahap kesihatan anak-anak.

Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Original ke? Selesa tau😍

Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Original  (RM 8)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://siraplimau.com/didik-anak-cara-gaya-rasulullah-islam-nabi/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping