Sedang bersiap sedia untuk menghadapi temuduga tak lama lagi? Zaman yang penuh dengan cabaran pasti sengit sekali untuk bersaing mendapatkan tempat di alam pekerjaan. Anda seharusnya menjadi calon temuduga yang paling menyerlah bagi mendapatkan tempat di bidang yang telah dipohon.
1. Resume yang terbaik
Resume boleh dianggap sebagai wakil diri anda. Jika anda betul-betul nak dapatkan kerja, pastikan resume anda elok dan berada dalam keadaan yang baik. Tak tahu macam mana nak buat resume? Cara termudah ialah dengan membuka akaun jobstreet dan isi maklumat dalam borang yang disediakan.
Selain mencari kerja di jobstreet, anda juga boleh save resume tersebut dan gunakan untuk memohon kerja di tempat lain. Resume di jobstreet juga boleh anda cetak. Semasa menghadiri temuduga, jangan lupa bawa beberapa salinan resume anda.
2. Berpakaian formal, kemas & menarik
Pakaian mencerminkan keperibadian anda. Penemuduga juga akan mendapat tanggapan pertama dari melihat pakaian yang anda kenakan untuk sesi temuduga. Tips memilih pakaian untuk menghadiri temuduga ialah:
- Berpakaian formal. Elakkan memakai seluar jeans atau tshirt
- Berpakaian kemas. Untuk lelaki, pastikan tidak berambut penjang. Baju kemas diseterika, kemeja dimasukkan ke dalam baju
- Berpakaian menarik
- Elakkan pakaian seksi dan mencolok mata
- Elakkan memakai pakaian berwarna terlalu terang
- Pakai kasut yang tertutup, elakkan memakai selipar atau sandal
- Pastikan anda memakai stokin berwarna hitam atau coklat. Elakkan stokin berbunga atau berwarna terang
3. Susun sijil & dokumen dengan kemas
Bawa semua sijil, dokumen, dan transkrip ijazah anda. Susun dalam fail dengan kemas. Cara yang terbaik ialah dengan memasukkannya ke dalam clear folder. Apakah susunan yang betul? Kami cadangkan anda susun sijil dan dokumen dalam turutan berikut:
- Resume
- Salinan kad pengenalan
- Sijil kehahiran
- Sijil SPM
- Surat berhenti sekolah
- Anugerah pencapaian semasa di sekolah
- Semua sijil penghargaan & sijil penyertaan semasa bersekolah
- Transcrip diploma atau ijazah
- Anugerah pencapaian semasa di universiti
- Semua sijil penghargaan & sijil penyertaan semasa di universiti
# Pastikan anda bawa salinan asal & fotocopy setiap sijil dan dokumen.
4. Kenali bakal majikan
Apabila anda mendapat panggilan temuduga, kaji serba sedikit latar belakang syarikat tersebut. Pastikan anda boleh memberikan sedikit info tentang syarikat seperti tahun penubuhan, visi & misi, jenis perniagaa yang dijalankan, dan sebagainya. Selain itu, kaji juga tugas yang bakal anda lakukan sekiranya dipilih untuk memegang jawatan yang dipinta.
5. Kenal-pasti lokasi temuduga
Ini merupakan point yang sangat penting. Sehari sebelum sesi temuduga, sepatutnya anda pergi ke lokasi berkenaan untuk supaya anda tidak sesat pada hari paling penting dalam hidup. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah terlambat datang untuk temuduga bekerja.
6. Sampai 30 minit lebih awal
Pada hari temuduga, pastikan anda sampai awal ke lokasi. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sesi temuduga bermula. Sampai awal akan menjadikan anda lebih tenang & bersedia untuk ditemuduga. Ia juga memberikan masa untuk anda memeriksa semula semua dokumen dan bersiap sedia dengan soalan yang bakal ditanya.
7. Bawa pen
Jangan lupa untuk bawa pen. Sebelum temuduga, anda mungkin akan diminta untuk mengisi beberapa borang pengenalan diri. Malah semasa temuduga, anda juga mungkin akan diberikan sedikit masa untuk menjawab soalan bertulis. Jangan rosakkan peluang anda untuk mendapat kerja dengan terlupa membawa pen sendiri sesama ditemuduga.
8. Berkeyakinan diri
Keyakinan diri akan mengelakkan anda daripada berasa gugup semasa menjawab soalan yang diberikan oleh penemuduga. Keyakinan diri juga akan membuatkan penemuduga berasa lebih yakin untuk mengambil anda bekerja.
9. Beri salam kepada penemuduga & berjabat tangan
Apabila nama anda dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga, jangan terus duduk. Berikan salam, berjabat tangan jika penemuduga adalah sama jantina dengan anda, dan minta kebenaran untuk duduk. Elakkan daripada masuk ke bilik dan duduk walau segugup mana pun anda.
10. Duduk dalam postur yang tegak
Semasa ditemuduga, cara anda duduk juga akan menentukan sama ada anda akan diambil bekerja atau tidak. Pastikan anda duduk dengan tegak sambil merapatkan kaki. Letakkan kedua-dua tangan di atas riba. Elakkan daripada:
- Duduk bersilang kaki
- Menggoyangkan kaki
- Terlalu kerap bergerak, kelihatan tidak selesa
- Menjarakkan kaki sehingga kelihatan seperti terkangkang
11. Eye contact
Semasa menjawab soalan, pastikan anda memandang tepat ke mata penemuduga. Elakkan daripada ditemuduga sambil memandang lantai, memandang dinding, memandang ke luar tingkap, atau memandang kaki sendiri. Kalau anda terlalu gugup untuk melihat tepat ke mata penemuduga, anda boleh memandang ke arah kening atau hidungnya. Mudah sikit, kan?
12. Ambil masa untuk menjawab soalan
Usah terburu-buru untuk menjawab soalan yang diberikan. Ambil masa untuk memahami apakah soalan yang ditanya, dan ambil juga masa untuk menyusun jawapan yang sesuai. Menjawab soalan dengan terburu-buru akan menampakkan anda sedang gugup dan tidak bersedia untuk ditemuduga. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa juga akan menyebabkan anda memberikan jawapan yang tidak bernas.
13. Tanya soalan yang bernas
Kebiasaannya, sebelum temuduga berakhir, penemuduga akan bertanya soalan maut ini: Anda ada apa-apa soalan? Jangan jawab tiada. sebenarnya soalan ini adalah perangkap pada anda. Mungkin anda menjawab tiada kerana tidak mahu menyusahkan penemuduga untuk menjawab soalan anda. Namun yang sebenarnya, penemuduga mengharapkan anda memberikan soalan yang bernas untuk mendapat point bonus. Inilah sebabnya anda perlu mengkaji sedikit tentang latar belakang syarikat & tugasan untuk jawatan yang bakal anda sandang. Apabila diminta memberikan soalan, anda dapat bertanya soalan bernas yang akan memberi kelebihan kepada anda.
Semoga bermanfaat
WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
- Stokin Kanik Original Tapak Hitam
- Stokin Calista
- Handsock Aaisya
- Handsock Ainisha 6.0
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order: