icon-search

TRIK PSIKOLOGI HARGA

TRIK PSIKOLOGI HARGA

Harga memainkan peranan untuk pelanggan membuat keputusan untuk membeli. Disini saya kongsikan tips yang dapat membantu anda untuk meletakkan harga jualan untuk produk anda.

1. Kurangkan 1 digit untuk angka yang paling kiri.
Sebagai contoh, gunakan angka RM 1.99 berbanding RM2.00 keranaotak manusia akan memproses harga RM1.99 lebih murah berbanding RM2.00 padahal harganyaadalah sama. Contoh lain ialah RM4.49 Vs RM4.50. RM 4.49 lebih murah berbanding RM4.50 kerana otak manusia akan membaca angka daripada kiri kemudian akan terus membuat keputusan terlebih dahulu tanpa memikirkan angka yang seterusnya.

2. Saiz font harga yang lebih kecil
Pelanggan akan menganggap harga lebih murah jika menggunakan font bersaiz kecil manakala, untuk font yang bersaiz besar lebih sesuai untuk memaparkan harga diskaun kerana mahu menarik perhatian pelanggan untuk memberi fokus kepada harga diskaun. 

3. Gunakan nombor yang lebih spesifik untuk harga yang spesifik
Kajin yang dilakukan oleh peneliti Cornell University tahun 2007 memnunjukkan pengguna lebih cenderung untuk melakukan pembayaran jika harganya spesifik kerana manusia mentafsirkan angka bulat adalah angka yang bernilai besar. Manakala, harga yang bernombor tidak bulat nampak lebih kecil.

4.Letakkan kontras visual pada harga dikaun.
Bagi memastikan harga sebelum diskaunterlihat lebih optimal berbanding harga diskaun,gunakan font yang berbeza untuk membezakan harga diskaun dan sebelum diskaun. Untuk harga selepas diskaun, gunakan warna yang berbeza dan font yang lebih kecil kerana harga bersaiz kecil akan terlihat lebih murah.

Semoga trik ini berguna untuk anda semua.
www.socaz.my

Sumber:
berdu.id


 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping