icon-search

10 Fakta Menarik Mengenai Hari Raya Haji

10 Fakta Menarik Mengenai Hari Raya Haji

Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Hari Raya Haji jatuh pada bulan terakhir kalendar hijrah Islam, iaitu pada 10 Zulhijjah. 

Perayaan ini disambut bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang hampir mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Peristiwa ini telah membuktikan ketaatan Nabi Ibrahim A.S terhadap Allah S.W.T.

Hari Raya Haji ini selalunya dimulakan dengan solat sunat hari raya sebanyak dua rakaat yang diadakan di masjid-masjid seluruh negara pada awal pagi. Selain itu, umat Islam di Malaysia akan memakai pakaian baharu pada hari perayaan dan menghabiskan masa mengunjungi sanak-saudara serta rakan-rakan.

Pada hari raya haji ini, kambing serta domba disembelih bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S. Bukan itu sahaja, sebilangan daging atau sejumlah wang yang setara dengan jumlah sembelihan tersebut akan disumbangkan kepada orang miskin agar mereka juga dapat meraikannya.


  1. Haiwan sembelihan haruslah diambil dari jenis baka yang elok dan tiada sebarang kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah dan lain-lain penyakit.
  1. Mereka yang melaksanakan ibadah korban, dilarang untuk memotong kuku serta menggunting rambut bermula 1 Dzulhijjah sehingga selesai ibadah korban tersebut.
  1. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban, sunat baginya untuk menyembelih haiwan tersebut menggunakan tangannya sendiri.
  1. Penyembelihan haiwan dilakukan setelah selesai solat sunat Aidiladha dan tidak dibenarkan melakukan penyembelihan selepas 11, 12, dan 13 Dzulhijjah.
  1. Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.
  1. Bagi memastikan haiwan sembelihan tidak terseksa dan mati dengan serta-merta, pisau yang digunakan haruslah tajam dan penyembelihan harus dilakukan dengan cepat.
  1. Ibadah korban dilaksanakan selepas selesai mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidiladha.
  1. Sunat untuk keluarga yang melaksanakan ibadah korban untuk memakan dan menghadiahkan sebahagian daging tersebut kepada orang yang lain.
  1. Bagi mereka yang menyembelih haiwan korban sebelum solat sunat aidiladha, sembelihan itu hanya menjadi daging yang boleh disedekahkan dan bukan daging korban.
  1. Solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha dilakukan di masjid atau di tempat yang terbuka di mana khatib tersebut dapat melihat keseluruhan hadirin yang hadir.

Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Original ke? Sekarang tengah ada promosi tauu 😍

Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Original (RM 6.99)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Promosi berkahir pada 5 Julai 2022

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://korbanaqiqah.com.my/10-fakta-menarik-mengenai-hari-raya-haji-yang-ramai-tak-tahu/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping