icon-search

6 Keberkatan Doa Ibu Yang Kita Perlu Tahu

6 Keberkatan Doa Ibu Yang Kita Perlu Tahu

Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Lantaran doa mereka yang tidak berhijab dengan Allah SWT itu akan memberi kemuliaan kepada anak-anak mereka kelak.

Selain itu, terdapat banyak kelebihan doa ibu yang dianugerahkan Allah SWT, antaranya;

1.Doa Ibu Memberi Kemuliaan

Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Buktinya, di dalam Al-Quran tercatat doa-doa dari wanita-wanita solehah seperti doa Asiyah yang memohon sebuah istana untuknya di syurga.

Selain itu, Hanah binti Faruq iaitu ibu Maryam yang ketika itu mengandungkan anaknya, beliau sentiasa berdoa agar anaknya kelak menjadi orang yang berbakti kepada Allah SWT, mendapat kedudukan yang mulia serta sentiada dilindungi oleh Allah SWT sepanjang hidupnya.

2.Doa Ibu Dapat Menolak Fitnah

Ummu Rumman ialah ibu kepada Aisyah. Sewaktu Aisyah diuji dengan dugaan berat iaitu sebuah fitnah yang mengatakan Aisyah melakukan perbuatan yang terkutuk, beliau berasa sungguh sedih.Akibat fitnah palsu itu, masyarakat mulai memandang hina kepadanya. Aisyah sendiri berasa tertekan dan sedih sehingga mengurung dirinya di dalam biliknya dan menangis.

Ummu Rumman bermunajat dan memohon Allah menyelamatkan Aisyah daripada segala fitnah yang menimpanya. Allah SWT mengabulkan doanya itu dengan membebaskan Aisyah daripada tuduhan keji itu.Allah swt menurunkan wahyu dan menjelaskan kejadian sebenarnya yang diada-adakan oleh Ubay bin Salul iaitu seorang yang munafik.

3.Doa Ibu Membawa Husnul Khatimah

Terdapat sebuah kisah tentang sahabat yang bernama Alqomah yang sukar menghadapi ajalnya. Ketika sakaratulmaut, lidahnya menjadi kelu untuk mengucapkan kalimah syahadah, sedangkan dia ialah seorang yang soleh dan kuat beribadah, berpuasa dan kerap bersedekah.

Semuanya menjadi hairan dengan keadaan Alqomah, namun Rasulullah mengetahui sebabnya, iaitu ibunya tidak reda kepadanya. Ibunya masih berasa sakit hati atas perbuatan Alqomah suatu masa dahulu.Lalu Baginda melakukan muslihat dengan memerintahkan beberapa orang sahabat membuat persediaan membakar Alqomah. Tiba-tiba hati ibu Alqomah sedih melihat longgokan kayu untuk membakar anaknya.

Ibunya bertanya kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulullah, apakah yang hendak engkau lakukan kepada anakku?”

Nabi menjawab, “Aku hendak membakar anakmu kerana dia tidak mungkin dia meninggal dengan tenang sekiranya engkau tidak mahu mendoakannya.”

Mendengar kata-kata Nabi itu, ibu Alqomah segera menadahkan tangan ke langit dan berdoa,

“Ya Allah, aku bersaksi kepadamu dan kepada kerasulan Nabimu. Sesungguhnya aku ikhlas atas segala perbuatan Alqomah kepadaku. Semoga dia meninggal dunia dalam husnul khatimah.”

Sebaik sahaja ibunya selesai berdoa, Alqomah dapat mengucapakan dua kalimah syahadah dengan lancar dan meninggal dunia dengan tenang. Lihatlah, dengan berkat dan doa restu ibunya, Alqomah meninggal dunia dalam husnul khatimah.

4.Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki

Ibu ialah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak. Dengan berkat doa yang selalu dipohon oleh ibu, anak-anak memperoleh rezeki melalui kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, kesihatan yang baik serta kebaikan dalam segala aspek.

Doa-doa ibu bukan sahaja mampu mengubah kehidupan seorang anak, tetapi berupaya membuka pintu rahmat Allah SWT. Berterima kasihlah kepada ibu dan bapa kita yang tanpa jemu mendoakan kebaikan buat kita, janganlah kita lakukan sesuatu yang membuatkan mereka mendoakan keburukan buat kita.

Nabi SAW mengingatkan:

“Keredaan Allah itu bergantung pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan ibu bapa.”

5. Doa Ibu Membawa Keselamatan

Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan akan kisah seorang anak terselamat daripada menjadi mangsa serigala. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah berkata;

“Seorang pengemis datang meminta sedikit makanan daripada seorang wanita yang sedang makan. Apabila wanita itu melihat pengemis itu datang kepadanya, dia tidak jadi menyuapkan makanan ke mulutnya, tetapi memberikan semua makanannya kepada pengemis itu.

Tidak berapa kemudian, wanita yang memberikan sedekah itu melahirkan seorang anak lelaki. Apabila anaknya sudah boleh berjalan dan keluar bermain-main, tiba-tiba datang seekor serigala menerkam anaknya itu dan melarikan anak itu ke dalam hutan. Wanita itu mengejarnya sambil memohon pertolongan daripada Allah, ‘Anakku, anakku, ya Allah, selamatkanlah anakku!’

Allah segera memerintahkan malaikat menyelamatkan anak wanita itu daripada menjadi habuan serigala. Kemudian malaikat berkata kepada wanita itu, ‘Allah menyelamatkan kamu dan Allah berkata inilah gantinya makanan yang engkau berikan kepada seorang pengemis dahulu’.”

Selain daripada menunjukkan besarnya kesan doa seorang ibu, kisah ini juga memperlihatkan kuasa bersedekah yang membuatkan doanya mudah termakbul.

6.Doa Ibu Sumber Kekuatan Dan Keyakinan

Seorang anak yang taat sentiasa mengharapkan restu daripada ibunya. Keredaan dari seorang ibu menjadi kekuatan jiwa untuk anak itu, terutamanya apabila mereka berlainan pendapat dalam sesuatu perkara. Bukan sahaja ibu, bapa juga sangat berperanan dalam menjadi sumber keyakinan seorang anak.

Dalam sebuah peristiwa tentang perselisihan antara Nabi Sulaiman dengan bapanya, Nabi Daud. Dari Ibnu Abbas berkata, terdapat sekelompok kambing yang merosakkan tanaman seorang petani. Lalu petani itu mengadukan kejadian itu kepada Nabi Daud. Nabi Daud memutuskan, kambing-kambing itu perlu diserahkan kepada petani itu sebagai mengganti tanamannya yang rosak. Namun Nabi Sulaiman berpendapat keputusan itu kurang adil.

Nabi Sulaiman mengusulkan bahawa semua kambing itu diserahkan sementara kepada petani itu bagi mengambil hasilnya iaitu susu dan bulu. Sementara pemilik kambing perlu menggantikan tanaman yang rosak dengan tanaman baru. Apabila tanaman baru mengeluarkan hasil kelak, barulah pemilik kambing mengambil kambingnya semula.

Nabi Daud menilai keputusan anaknya adalah lebih baik daripada keputusannya sendiri. Dengan itu, Baginda pun bersetuju dengan anaknya. Nabi Sulaiman berasa sangat gembira. Mereka berdua berpuas hati dengan keputusan tersebut.Nabi Sulaiman gembira dan sangat yakin pada dirinya sendiri apabila bapanya memberikan sokongan moral kepadanya. Beliau juga merasakan dirinya dihargai dan diberikan penghormatan.

Oleh itu, bersyukurlah atas segala kurniaan Allah SWT dan hargailah segala pengorbanan ibu kita dengan dengan menghormati, menyayangi dan bersikap baik pada mereka.

“Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan dan mensyukuri segala petunjuk dan bimbingan orang tua kami sejak kami lahir hingga dewasa. Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa ibu bapa kami. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil.”


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Calista? Selesa dan ada banyak corak yang comelll 😍😍

Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Calista (RM 12.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!


Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://www.islamituindah.us/189-2/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping