Adab adalah sangat penting dan lebih diutamakan sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu. Tiada gunanya jika seseorang itu memiliki ilmu yang hebat dan tinggi, tetapi tidak memiliki adab dan akhlak yang baik sesama manusia. Malah bukan itu sahaja, ilmu seseorang itu akan menjadi sia-sia sekiranya ia sedikitpun tidak memberi kesan ke atas peribadi dan tingkah lakunya.
Saudara,
Ilmu dan adab itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan dan ia hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin tinggilah adab dan akhlaknya kepada orang lain. Bukan setakat itu sahaja, semakin tinggi adab dan akhlaknya pula, maka semakin tinggilah darjatnya di Hari Akhirat nanti berbanding dengan mereka yang hanya memiliki ilmu agama tetapi buruk adabnya.
Ulama terkenal iaitu Abdullah bin Al-Mubarak rahimullah pernah mengatakan:
“Kita dengan (mempelajari walau) sedikit ilmu adab itu lebih diperlukan (diutamakan) dari hanya memperbanyakkan ilmu (agama).”
Selain itu, Imam Malik bin Anas pula (guru kepada Imam Syafie) pernah menasihati seorang lelaki dari bangsa Quraisy dengan kata beliau yang cukup menarik iaitu:
”Wahai anak saudaraku, belajarlah (ilmu) adab sebelum kamu mempelajari ilmu (agama).”
Oleh yang demikian, marilah kita mengambil berat serta menitik beratkan soal adab dalam mempelajari ilmu, mahupun mengajarkannya kepada orang lain.Hal ini kerana orang yang tinggi adabnya kepada orang lain, walaupun tidak mempunyai ilmu yang banyak, mereka adalah orang yang lebih baik dan mulia berbanding orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi kurangnya adab.
Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Alien XL ke? Selesa gila tauu bila pakai 😍
Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:
- Stokin Soka Alien L (RM 9.00)
- Stokin Soka Alien XL (RM 11.00)
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://www.mks.org.sg/tazkirah-ringkas-belajarlah-adab-sebelum-mempejari-ilmu/