Seperti yang kita sedia tahu bahawa jasa orang tua tidak boleh kita balas sama seperti apa yang telah diberikan oleh mereka. Akan tetapi ia bukan bermaksud bahawa kita tidak perlu untuk membalas jasa kedua orang tua kita. Pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan bakti kita kepada kedua orang tua walaupun ia tidak setanding dengan pengorbanan mereka terhadap kita. Bagaimana untuk berbakti kepada orang tua? Ini caranya.
1. Rajin dalam pembelajaran dan bersungguh-sungguh
Buat anak-anak yang masih menuntut ilmu di sekolah atau universiti, anda masih boleh membalas jasa kedua ibu bapa dengan kuatkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh serta rajin dalam pembelajaran. Sekiranya anda berbuat demikian maka anda sebenarnya telah membuat kedua ibu bapa anda berasa bangga terhadap anda kerana anda menghargai hasil titik peluh yang telah diusahakan oleh kedua orang tua anda untuk menampung kos pembiayaan pembelajaran anda.
2. Membantu meringankan pekerjaan rumah
Membantu melakukan pekerjaan di rumah juga boleh meringankan beban ibu bapa anda. Dengan berbuat demikian, ia akan membuat kedua orang tua anda berasa gembira kerana mempunyai anak yang boleh meringankan beban mereka di saat mereka penat mencari nafkah untuk menampung kehidupan keluarganya.
3. Jaga tutur kata dan sikapmu dimanapun kamu berada
Ketika anda menjaga tutur kata anda, anda juga sebenarnya sedang menjaga nama baik kedua orang tua anda. Sekiranya anda tidak menjaga tingkah laku anda dan berhadapan dengan musibah, anda akan memberikan bebanan terhadap kedua orang tua anda kerana mereka perlu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang telah anda sendiri cipta. Maka sentiasalah menjaga tutur kata dan sikap walau di mana anda berada.
4. Jangan lupa untuk beribadah
Di antara anda pasti pernah mengalami di mana ibu bapa anda pernah mengingatkan anda supaya tidak lupa untuk menunaikan solat dan sentiasa berbuat baik. Hal ini merupakan kewajipan bagi mereka untuk mendidik anda sehingga anda boleh mempunyai keperibadian yang baik. Anda tidak akan berasa rugi sekiranya anda melakukan ibadah. Tetapi kedua orang tua anda akan berasa gagal sekiranya mereka tidak dapat mendidik anda menjadi seorang yang taat dalam melakukan amal ibadah.
5. Doa iklas daripada seorang anak
Sekiranya orang tua anda telah tiada maka anda berdoalah untuk mereka kerana doa anak yang soleh merupakan amalan yang tetap mengalir terhadap orang tuanya.
6. Hormat ibu bapa
Anak yang menghormati ibu bapa akan mampu menjadikan ibu bapa mereka berasa sangat bertuah kerana telah melahirkan seorang anak yang tahu menghormati orang tua. Ia merupakan salah satu cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu.
7. Meluangkan masa bersama
Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak mereka, sekiranya anda tidak mampu lagi untuk menghulurkan wang ringgit, setidaknya anda luangkan masa bersama kedua ibu bapa anda. Dengan cara ini dapat mengakrabkan lagi hubungan kekeluargaan itu.
Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
- Stokin Soka Original New Edition
Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
www.socaz.my
Sumber: