Di antara keistimewaan kaum hawa adalah haid. Ia adalah kitaran normal bagi setiap perempuan apabila sudah mencapai umur akil baligh. Nabi SAW bersabda :
إِنَّ هَذَا شَىْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ
Maksudnya : “ Ini (kitaran haid) adalah sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan bagi anak cucu perempuan Adam.”
Riwayat Muslim (2976)
Larangan ketika haid dalam Islam dikira sebagai perkara yang haram dilakukan. Haram ketika haid merupakan perkara-perkara yang sama sekali dilarang untuk wanita muslim lakukan ketika datang bulan. Ini kerana haid itu merupakan hadas besar, dalam erti kata lain, sedang berada dalam keadaan yang kotor. Jika dilakukan juga maka ia akan dianggap berdosa besar. Antara perkara yang haram untuk wanita haid lakukan ialah;
1. Menunaikan solat sama ada solat fardu atau solat sunat
Diharamkan solat ke atas wanita yang sedang haid, sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Bahkan tidak sah jika dia tetap melaksanakannya.
Namun terdapat satu pengecualian, iaitu apabila dia sempat memperoleh satu rakaat solat fardhu dalam waktunya, sama ada di awal waktu atau akhir waktu, maka wajib ke atasnya untuk melaksanakan solat fardhu tersebut.
2. Berpuasa
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berpuasa, sama ada puasa sunat mahupun puasa fardhu. Jika dia tetap berpuasa maka tidak sah puasanya.
Akan tetapi dia wajib mengqadha puasa fardhunya berdasarkan kenyataan ‘A’isyahradhiallahu 'anha:
“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” [Shahih Muslim– no: 335(Kitab al-Haid)]
3. Tawaf di Kaabah
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk tawaf, sama ada tawaf sunat mahupun tawaf fardhu. Jika dia tetap tawaf maka tidak sah tawafnya. Ketika mengikuti rombongan haji bersama Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam,‘A’isyahradhiallahu 'anhadidatangi haid, lalu beliau bertanya hukumnya. Rasulullah menjawab:
“Lakukan apa yang telah dilakukan oleh orang haji kecuali jangan bertawaf di Ka’abah sehingga kamu bersuci.” [Shahih Muslim –no: 1211]
4. Duduk di dalam Masjid
Diharamkan bagi wanita yang sedang haid untuk berada atau duduk dalam masjid, termasuk padang yang digunakan untuk solat Hari Raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Umm ‘Athiahradhiallahu 'anhabahawa Rasulullahshalallahu 'alaihi wasallamtelah bersabda:
“Suruhlah keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah (kepada solat dua hari raya) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).” [Shahih al-Bukhari –no: 1652(Kitab al-Haj)]
5. Bersetubuh
Diharamkan bagi seorang suami untuk menyetubuhi isterinya yang sedang haid. Demikian juga, diharamkan bagi seorang isteri yang sedang haid untuk membiarkan suaminya menyetubuhinya. Dalilnya adalah firman AllahSubhanahu wa Ta‘ala:
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:
“Darah haid itu satu benda yang mendatangkan mudarat.” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. [al-Baqarah 2:222]
WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
- Stokin Kanik Original Tapak Hitam
- Handsock Aaisya
- Handsock Ainisha 6.0
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber:
https://hafizfirdaus.com/ebook/DarahWanita/empat.htm
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4487-al-kafi-1718-adakah-dibolehkan-kepada-wanita-yang-sedang-haid-untuk-memasak
https://www.sishawa.com/2020/12/perkara-haram-ketika-haid.html