Hidayah atau mendapat hidayah daripada Allah adalah jalan kemuliaan yang diperolehi untuk selamat dunia dan akhirat.
Namun, tidak sebarangan orang yang dapat memperolehi hidayah daripada Allah
berikut merupakan tanda-tanda seseorang mendapat hidayah daripada Allah SWT:
1. Mudah beribadah
Manusia yang mendapat hidayah daripada Allah, mereka merasa tidak sukar untuk melaksanakan ibadah, bahkan untuk merasa nikmat dan keikhlasan menunggu waktu untuk beribadat.
Allah berfirman:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam agama yang lurus”. (Al-Bayyinah/98: 5)
2. Menggigil mendengar nama Allah
Orang mendapat hidayah dari Allah, hatinya mengigil mendengar nama Allah dan akan merasa takut hingga bertambah kecintaannya pada Allah SWT.
Sebagaimana telah Allah sebutkan dalam surah Al Anfal ayat 2:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal".
3. Istiqomah
Selanjutnya sifat orang mendapat hidayah dari Allah selalu beristiqomah dalam melaksanakan setiap ibadah, dan berusaha menjaga ketekalan ibadahnya. Malah sentiasa berusaha meningkatkan mutu ibadah.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 3:
"Bagaimanakah kamu menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada Allah (agama), maka sesungguhnya ia telah mendapat petunjuk ke jalan yang lurus."
4. Berusaha menghafal Al – Quran
Bagi orang yang mendapat hidayah daripada Allah akan berusaha menjadi penghafal al-Quran, walaupun pada mulanya mereka mengalami kesulitan.
Namun, orang itu akan terus berusaha untuk dapat menghafal sedikit demi sedikit, kerana dia tahu Al-Quran mampu memberi syafaat.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Bacalah Al Qur’an, karena ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafa’at bagi shahibul Qur’an” (HR. Muslim 804)
Semakin banyak hafalan, semakin tinggi darjatnya di akhirat kelak. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Akan dikatakan kepada sahibul qur’an (di akhirat): bacalah dan naiklah, bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membaca dengan tartil di dunia. kerana kedudukan kamu bergantung pada ayat terakhir yang kamu baca” (HR. Abu Daud 2240, dishahihkan oleh Al Albani dalam Sahih Abi Daud).
5. Rajin bersedekah
Hidayah akan membuat seseorang lebih sering melakukan atau rajin bersedekah , walaupun dia dalam keadaan susah. Dia tidak akan teragak-agak untuk membelanjakan hartanya di jalan Allah.
Allah berfirman:
“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) di waktu sarrâ’ (senang) dan di waktu dlarrâ’ (kesusahan), dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan." (Surah Ali Imran: 134).
6. Jauhi maksiat
Orang yang mendapat hidayah sedar bahawa segala amalnya akan hilang dan sia-sia jika mendekati maksiat. Oleh itu, dia harus benar-benar menjaga setiap perbuatan agar tidak terjerumus ke dalam kemaksiatan. Allah berfirman,
“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja musibah yang menimpamu, maka itu dari (kesalahanmu) dirimu sendiri.” (Surah 4:79)
7. Sentiasa memperbaharui taubat
Hidayah sudah tentu hanya datang kepada mereka yang bertaubat dan mereka akan sentiasa memperbaharui taubatnya. Istighfar adalah makanan harian mereka.
Allah berfirman:
“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun” (Nuh/71:10).
Walaupun telah melakukan banyak amalan, dia akan terus bertaubat kerana takut terlalu banyak dosa di masa lalu.
WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
- KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100)
- HANDSOCK AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
- HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari: