Bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir pada kalendar Takwin Hijrah. Ia juga mudah dikenali sebagai bulan Haji bagi rakyat Malaysia. Ini kerana mana-mana muslim yang mampu melalukan ibadah Haji di Tanah Suci Mekkah, Madinah dan juga di padang Arafah. Amat untung bagi mereka yang dapat peluang melakukan ibadah Haji sebagai tetamu Allah SWT.
Tapi bagimana mereka yang tidak mampu melaksanakananya? Jangan bersedih, masih banyak lagi amalan untuk orang muslim melakukan pada bulan Zulhijjah. Antaranya:
- berpuasa
- jauhi maksiat
- melakukan ibadah korban
- takbir, tahlil tahmid
BERPUASA
Umat Islam amat digalakkan berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Malah, Hari Arafah iaitu 9 Zulhijah merupakan hari yang terbaik untuk kita berpuasa. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih banyak ALLAH membebaskan hambanya lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim)
Apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah itu, baginda SAW menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
JAUHI MAKSIAT
Andai kita pernah berbuat salah dan berdosa, inilah masa terbaik untuk memulakan taubat, terutamanya bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhkan perbuatan mulia itu. Amat biadab jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang amat agung di sisi ALLAH SWT ini.
"Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat"
Sedarilah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Segala keseronokan yang ada di muka bumi hanyalah tipu daya semata-mata. Bertaubatlah, selagi masih ada masa
MELAKUKAN IBADAH KORBAN
Kebanyakan orang Islam lupa akan kelebihan ini iaitu melakukan ibadah korban. Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail bagi memenuhi perintah Allah.
Dalam sebuah hadis Sabda Baginda Rasulullah: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). - [HR Tirmizi 1493].
Oleh yang demikian keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita pada hari ini marilah sama-sama kita usaha melaksanakannya agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur. Lakukan mana-mana amal kebaikan walaupun sedikit asalkan kita tidak terlepas peluang yang ada. Ingat, jika kita sayang Allah dan nabi kita dengan menurut perintah yang diturunkan, nescaya Allah akan lebih mencintai dan menyayangi kita.
TAKBIR, TAHLIL, TAHMID
Memuji Allah pada hari-hari yang sangat dicintai Allah adalah satu amalan yang sangat baik. Segala bentuk amalan yang mengingatkan kita kepada Allah merupakan satu amalan yang sangat dituntut lebih-lebih lagi dengan kita perbanyakan takbir, tahlil dan tahmid.
Ini kerana berdasarkan hadis Baginda Rasulullah: Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil, takbir, dan tahmid pada-Nya. - [HR Ahmad 6154].
Reminder guys!!!
Hari ni last day Sale 7.7 tau ~~~ Korang masih ada peluang untuk dapatkan 10% tu.
Hanya dengan 7 item dengan beharga RM7 ke atas, korang akan dapat free postage
Sabah & Sarawak hanya bayar RM8 je, dulu RM17 tau
Plus, korang boleh dapatkan free wish card lagi.
Nak tambahkan ayat pun boleh. FREE OF CHARGE !!!
Hanya hari ni saja tau, nanti takde lagi
Get them while it last
See ya later
www.socaz.my
Sumber:
https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/6-amalan-yang-digalakkan-pada-10-hari-terawal-zulhijah/