icon-search

Antara Pencuci Muka yang Sesuai Untuk Kulit Kering

Antara Pencuci Muka yang Sesuai Untuk Kulit Kering

Buat mereka yang mempunyai masalah kulit kering, memilih pencuci muka yang sesuai bukanlah tugas mudah. Mereka haruslah menggunakan pencuci muka yang melembapkan kulit dengan nilai PH yang sesuai. 

Pencuci muka yang mengandungi kandungan yang melembabkan sangat disyorkan. Contohnya kandungan glycerin dan sorbitol. Ini adalah untuk meredakan permukaan kasar dan melembutkan kulit. 

Selain itu, memilih pencuci muka/cleanser yang low pH juga penting. Kulit wajah kita mempunyai nilai pH rendah iaitu sekitar 4 hingga 7. Menggunakan cleanser dengan nilai lebih tinggi boleh mengganggu kestabilannya. Kulit akan lebih kering dan jerawat akan mula tumbuh. 

Kandungan pencuci muka untuk kulit kering

  • Nilai pH rendah
  • Tidak mempunyai alkohol
  • Tidak mengandungi SLS
  • Elakkan kandungan fragrance (pewangi)

Jadi saya akan senaraikan beberapa pencuci muka untuk kulit kering. Kesemuanya mempunyai kandungan sesuai untuk menambah kelembapan. Ia dicadangkan netizen yang mempunyai jenis kulit yang sama.

1. SIMPLE Moisturising Facial Wash

Antara jenama skincare paling popular. SIMPLE Moisturising Facial Wash ini adalah pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif. Kandungan Pro-Vitamin B5, Vitamin E and Bisabolol, membantu melembab dan melembutkan kulit. Tanpa buih, which is bagus untuk kulit kering. Malah, harganya juga berpatutan. 

2. SIMPLE Water Boost Micellar Facial Gel Wash

Simple memiliki beberapa jenis pencuci muka dalam rangkaian mereka. Micellar Facial Gel Wash adalah yang terkini yang dapat menangani masalah kulit kering. Ia memiliki formulasi untuk membantu dehidrasi, kulit kusam dan sensitive.

 Kita semua tahu, skincare yang tertulis 'micellar' boleh menanggalkan makeup. Iya, pencuci muka ini mampu menanggalkan kesan makeup yang tertinggal pada wajah. Tapi anda haruslah menggunakan makeup remover terlebih dahulu ya? 

3. HADA LABO Mild & Sensitive Skin Face Wash

Rangkaian skincare dari Jepun ini mula menambat hati pengguna Malaysia dengan keberkesanannya. Nilai pH nya adalah sekitar 5, which is perfect for our skin.

Tekstur jenis krim (hampir seperti susu) dan menghasilkan buih yang minimum. Ia mengandungi liquorice, calendula, dan ekstrak daun ginkgo biloba yang boleh melembutkan kulit. Hyaluronic acid  pula melembab dan mencegah kekeringan.

Agak berbuih tetapi tidak meninggalkan iritasi terutama pada kulit sensitif.  Anda boleh baca banyak review positif tentang Hada Labo ini.  

4. SAFI Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser

Safi adalah antara produk skincare tempatan yang berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa. Kandungan bagus, sudah mula buat packaging pink yang cute.

Dari segi kandungan, nilai pH nya cuma sekitar 5.5 sahaja. Tidak mengandungi SLS, alkohol, dan paraben.

Bertekstur gel dan transparent, serta menghasilkan buih yang cukup minimal.

5. COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser

Okay, jenama Cosrx tidak dijual di Watsons atau mana-mana drugstore di Malaysia. Anda kena beli secara online. Saya sertakan link untuk anda beli pada harga termurah.

Cosrx merupakan jenama popular dari Korea. Rangkaian produknya tidak pernah mengecewakan.
Seperti Cetaphil, cleanser ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Termasuklah sebagai pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Ia membersih liang pori, minyak, kotoran, dan dalam masa melembabkan kulit. Kandungan AHA dan BHA nya juga boleh berfungsi sebagai exfoliator. Yang paling best, cleanser ini juga menanggalkan makeup berlebihan.

SUMBER:

http://www.nikkhazami.com/2019/10/pencuci-muka-untuk-kulit-kering.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping