icon-search

Jenis-jenis diet yang popular

Jenis-jenis diet yang popular

Terdapat banyak jenis diet yang diamalkan untuk menurunkan berat badan. Banyak perbezaan diantara jenis-jenis diet ini dan kesannya juga berbeza mengikut kaedah dan jenis makanan yang difokuskan. Kesemua jenis diet akan memberi hasil berkadaran dengan teknik yang dipraktiskan.

1. Diet Atkins

Antara diet yang paling popular. Diet atkins memfokuskan kepada pengurangan pengambilan karbohidrat dalam diet harian. Makanan seperti nasi, mi, roti dan sumber karbohidrat lain dikurangkan atau dimansuhkan dalam menu hidangan pengamal diet atkins. Sebaliknya makanan yang diambil adalah dari sumber protein seperti ayam, ikan dan daging.

2. Intermittent Fasting

IF adalah berpuasa secara berkala. Pengamal IF akan berpuasa dalam selang masa yang telah ditetapkan dalam satu jangkamasa. Kaedah berpuasa ini akan memberi kesan terhadap pengambilan kalori. Jika kalori yang sedikit diambil berbanding tenaga yang digunakan maka berat akan berubah dan menurun.

3. Diet Kalori

Secara asanya setiap manusia memerlukan kalori sebagai sumber tenaga. Lelaki dan perempuan berbeza keperluan kalorinya. begitu juga usia dan berat badan seseorang. Kaedah diet kalori adalah dengan mengurangkan jumlah kalori yang masuk dalam badan berbanding yang diperlukan tubuh badan supaya berlakunya penurunan berat dalam satu tempoh yang lama. Pengamal diet kalori perlu kira dan memahami jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangannya. Kalori yang diambil tidak boleh melebihi kadar keperluannya setiap hari. Walubagaimanapun, kaedah ini boleh ditingkatkan dengan menambah aktiviti kecergasan supayadapat meningkatkan kadar metabolisma.

4. Diet Keto

Diet Keto hampir sama dengan diet atkins, iaitu mengurangkan pengambilan karbohidrat. Sebaliknya, diet keto memfokuskan pengambilan lemak berbanding sedikit dari sumber protin. Tubuh badan menukarkan karbohidrat kepada glukosa sebagai sumber tenaga. Apabila sumber karbohidrat rendah, badan akan mencari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga. Dalam proses ketosis, lemak tidak dapat disimpan disimpan dalam badan kerana telah dibakar dan seterusnya berlaku penurunan berat badan dengan banyak. Antara pilihan makanan dalam diet keto adalah seperti avocado, santan, mentega, keju, minyak sayuran yang mengandungi sumber lemak yang tinggi, Sumber protin sederhana dan hanya sedikit karbohidrat.

5. Diet Suku-Suku Separuh

Diet ini sebenarnya sangat mudah dan disarankan oleh KKM. Ini kerana diet ini adalah diet yang seimbang komposisi sumber makanannya. Dalam setiap hidangan utama terdapat 3 sumber makanan utama iaitu Karbohidrat, Protin dan Serat. Komposisi hidangan adalah mengikut pecahan berikut (Suku-Suku-Separuh) : Suku Karbohidrat, Suku Protin dan Separuh Serat. Karbohidrat terdiri daripada nasi, mi, roti dan bijirin, protin daripada ayam, ikan, dan daging, manakala serat daripada sayuran dan buahan

Ramai yang mendapatkan hasil daripada mengamalkan diet-diet diatas. Persoalan utamanya adalah sejauh mana anda fokus dan terus mengamalkan diet sehingga berjaya menurunkan berat badan. Tidak dinafika sokongan dan dorongan adalah perkara yang penting dalam menacapai misi menurunkan berat badan. Berada dalam kelompok atau kumpulan yang sama akan mendorong kearah kejayaan. Proses penurunan berat badan memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Tabiat pemakanan perlu diubah sehingga menjadi kebiasaan. Untuk memastikan keberhasilan menurunkan berat badan dicapai, sertai komuniti dan dapatkan jurulatih yang dapat membimbing dan memberikan ilmu yang praktikal.

Sumber:
https://nakdiet.com/uncategorized/2019/5-jenis-jenis-diet-popular-di-malaysia-jenis-diet/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping