icon-search

Khasiat Kacang Kuda

Khasiat Kacang Kuda

Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum L. juga dupanggil kacang garbanzo. Ia salah satu tanaman tertua di dunia yang dipercayai berasal dari Turki dan Syria. Malah menjadi sebahagian daripada diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. 

Itulah sebabnya kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam dan dimakan di seluruh dunia selepas kacang soya. Antara kebaikan kacang kuda adalah meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindrom metabolik dan penyakit jantung dan banyak lagi. 

Antara nutrisi yang terkandung dalam kacang kuda termasuk pakej protein, vitamin dan mineral yang tinggi, sebab itulah ia sering disertakan dalam banyak makanan penyembuhan, termasuk diet Ayurveda dan diet Mediterranean.

Fakta Nutrisi Kacang Kuda

Kacang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang bolh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori. 

1. Stabilkan Bacaan Gula dalam Darah

Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.

Garis panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 gram sehari untuk lelaki. Mengikur hasil kajian luar, jumlah kandungan serat dalam kacang kuda mentah ialah sebanyak 18-22 gram bagi setiap 100 gram hidangan.

Selain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes.

2. Kesihatan Jantung

Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolestrol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Tulang yang kuat

Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang. 

Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang.

4. Mengelak Risiko Kanser

Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baikdan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor. 

5. Menurunkan berat badan

Diet serat berfungsi sebagai "ejen bulking" dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan. 

Para penyelidik bersama dari India dan Kanada mendapati bahawa kandungan lemak dalam kacang kuda adalah sangat rendah iaitu kira-kira 2 gram lemak bagi setiap 100 gram hidangan. Maka, diet berasaskan kacang kuda mengandungi kalori yang rendah sesuai untuk mengenyangkan.

Kesimpulannya, kacang kuda antara kacang ytang mudah didapati dan murah. Khasiatnya sangat banyak untk kesihatan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga adalah karbohidrat baik yang kerana tercerna secara perlahan-lahan dan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Malah ia juga rendah kalori.

WOW! SOCAZ ada buat YEAR END SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Handsock Ummy
  • Handsock Ayna

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://bidadari.my/khasiat-kacang-kuda/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping