icon-search

Cara hilangkan sakit kepala

Cara hilangkan sakit kepala

Tanpa mengira waktu, anda mungkin akan diserang sakit kepala. Ia satu keadaan yang cuba anda elakkan apatah lagi apabila terdapat banyak urusan dan tugasan lain yang perlu anda selesaikan. Berikut beberapa cara dan tip mudah untuk hilangkan sakit kepala dan mengurangkan kesakitan tanpa perlu berjumpa doktor.

1. Pek Ais

Migrain? Letakkan pek sejuk pada dahi anda. Anda mungkin boleh menggunakan ketulan ais yang dibalut tuala, atau sebungkus kacang pea beku dan pastikan anda menekapnya pada kepala anda selama 15 minit, kemudian berehat selama 15 minit. Anda juga mungkin boleh mendapatkan mandian air sejuk untuk mengurangkan kesakitan.

2. Pad Pemanas

Alami sakit kepala akibat tekanan? Untuk hilangkan sakit kelapa tersebut, letakkan pad pemanas pada leher atau bahagian belakang kepala anda. Untuk sakit kepala sinus, tekapkan kain suam di kawasan yang sakit. Mandian air panas juga dalam mengurangkan kesakitan yang anda hadapi.

3. Halia

Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan halia sebagai tambahan kepada ubatan klinikal, dapat mengurangkan kesakitan kepala. Malah ada penemuan yang mengatakan bahawa ia berfungsi hampir sama seperti preskripsi ubatan migrain. Anda boleh mencubanya dengan mendapatkan suplemen atau sebagai tambahan dalam minuman teh anda.

4. Kafien

Minum sedikit teh, kopi atau apa saja yang mempunyai kandungan kafein yang sedikit. Ia boleh mengurangkan dan hilangkan sakit kepala yang dialami. Pastikan andatidak mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mencetus sakit kepala yang tersendiri.

5. Elakkan Mengunyah

Gula-gula getah boleh menyebabkan kesakitan bukan sahaja pada rahang, tetapi juga pada kepala anda. Malah, mengunyah kuku, bibir, bahagian dalam pipi atau sebarang objek seperti pen, turut boleh menyumbang kepada sakit kepala. 

Hindari makanan yang rangup dan kenyal, dan pastikan anda hanya mengigit dalam saiz yang kecil. Jika anda mengetap gigi anda pada waktu malam, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pelindung mulut (mouth guard). Ini boleh mengurangkan potensi untuk mendapat sakit kepala pada waktu pagi.

6. Lampu Malap

Cahaya yang terlalu terang, berkelip, walaupun dari skrin komputer, boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain. Jika anda terdedah kepada cahaya ini, tutupkan langsir tingkap anda. 

Pakai cermin mata jika anda berada di luar. Jika perlu, anda boleh menambah skrin anti-silau untuk komputer anda dan pilih lampu spektrum waktu siang dalam fungsi lampu anda. Tip hilangkan sakit kepala kepada mereka berkerja di pejabat yang perlu dicuba!

7. Kurangkan tekanan pada kulit kepala

Ikatan rambut yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan sakit kepala. Kesakitan akibat tekanan dari luar seperti memakai topi, ikatan kepala (headband) atau pemakaian goggle yang terlalu ketat juga boleh menyumbang kepada sakit kepala.

Atau jika anda bertudung, buka sebentar tudung anda untuk memberikan pengudaraan kepada kepala anda. Kajian menunjukkan, individu wanita yang melonggarkan ikatan rambut mereka akan kehilangan rasa sakit kepala selepas itu.

8. Urutan

Cuba lakukan dengan sendiri urutan dengan mengurut leher secara perlahan untuk meredakan ketegangan yang mungkin timbul akibat tekanan. Ia merupakan antara cara mudah untuk hilangkan sakit kepala. 

9. Ketenangan

Tidak kira apa pilihan anda, sama ada regangan badan, yoga, meditasi atau regangan otot progresif, pastikan anda tahu bagaimana untuk kekal bertenang apabila diserang sakit kepala. Anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sekiranya terdapat kekejangan otot pada leher anda. 

10. Ubatan

Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh didapati di farmasi yang dapat meredakan dan membantu hilangkan sakit kepala. Pastikan anda mengambil ubatan tersebut mengikut arahan pada label:

  • Pilih cecair berbanding pil. Badan anda menyerapnya lebih pantas.
  • Ambil ubat tahan sakit hanya apabila anda merasa sakit. Pastikan anda hanya mengambilnya dalam dos yang kecil.
  • Jika anda mengalami sakit perut apabila diserang sakit kepala, sila dapatkan bantuan doktor.
  • Dapatkan pendapat doktor tentang apa yang perlu dielakkan untuk mengelakkan sakit kepala dari berulang dalam jangka masa terdekat.

Apa yang penting, anda perlu berbincang dengan doktor tentang simptom sakit kepala yang anda hadapi dan jangan cuba untuk hilangkan sakit kepala anda secara sendiri tanpa nasihat doktor.


Semoga bermanfaat   

 

WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam
  • Stokin Calista 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/sakit-kepala/10-cara-hilangkan-sakit-kepala/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping