icon-search

Cara Mengurus Masa dengan Lebih Baik

Cara Mengurus Masa dengan Lebih Baik

Masa tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun. Masa tidak dapat dikawal tetapi masa boleh diuruskan dengan baik. Masa akan terus bergerak walaupun kita tidak berbuat apa-apa. Setiap saat yang terlepas tidak akan dapat diambil kembali. Jadi, kita perlu menguruskan masa kita dengan baik supaya setiap saat yang berlalu ada manfaatnya kepada diri kita dan orang di sekeliling kita.

Manusia yang tidak menghargai dan mengutuskan masa adalah manusia yang rugi. Begitulah yang Allah nyatakan dalam surah Al Asr. Pengurusan masa yang baik juga adalah salah satu cabang untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat. 

Ramai yang mengeluh bahawa mereka tidak cukup masa untuk melakukan itu dan ini. Hakikatnya, semua orang mempunyai jumlah masa yang sama. Yang membezakan adalah bagaimana kita menguruskan masa yang di amanahkan kepada kita. Pada kali ini, saya nak kongsikan beberapa cara untuk menguruskan masa kita dengan baik. 

Cara Menguruskan Masa

1. Bahagikan masa

Setiap orang diberikan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Apa yang membezakan setiap orang hanyalah bagaimana mereka membahagikan masa.  

Sebagai contoh, individu A menghabiskan masa 5 jam dihadapan media sosial, individu B menghabiskan 5 jam dengan berniaga dan lain-lain. Setiap orang harus membahagikan masa mereka dengan baik. Bagi saya sendiri, hampir 10 jam telah dihabiskan untuk kerja di siang hari, 5 jam untuk keluarga, 3 jam untuk berblog manakala 6 jam lagi untuk rehat dan tidur. Anda mungkin ada pembahagian masa anda sendiri. 

2. Sediakan jadual

Pembahagian masa selalu dibuat tanpa bertulis. Untuk menjadikan pengurusan masa lebih kemas, sebaik-baiknya sediakan satu jadual ringkas dengan aktiviti yang perlu anda lakukan setiap hari.  

Jadual ini lah yang akan menjadi kayu ukur bagaimana anda menguruskan masa anda. Jika anda dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan, anda sedang berada dalam haluan yang betul untuk pengurusan masa anda. 

3. Senaraikan tugas

 Sebelum ini anda telah sediakan jadual harian anda, kini anda perlu senaraikan tugas-tugas di dalam jadual yang anda telah sediakan. Senaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan seteliti yang mungkin, jadikan ia sebagai senarai semak untuk tugas yang anda perlu lakukan. 

4. Tetapkan Jangka Masa

Berikan tempoh masa untuk setiap perkara yang anda lakukan. Ini lebih mudah dilakukan jika aktiviti anda tercatat pada jadual yang telah anda sediakan. Masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada anda sendiri, walaubagaimanpun, anda masih fleksible untuk menukar jangka masa yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian. 

5. Kurangkan pembaziran masa 

Anda perlu audit masa yang anda gunakan setiap hari. Fikirkan ke mana masa hari hari lepas anda habiskan? Menonton televisyen? Bermain game? Mungkin masa-masa yang kurang berkualiti itu boleh ditukarkan kepada masa yang lebih berkualiti seperti menghabiskan masa bersama anak-anak. 

6. Keperluan dan Kehendak 

Sepertimana anda membuat bajet untuk perbelanjaan anda, anda juga perlu buat bajet untuk masa anda. Perkara pertama yang perlu anda tentukan adalah anda perlu memilih penggunaan masa untuk keperluan atau kehendak. Bermain bersama anak di rumah adalah satu keperluan. Keluar makan bersama kawan-kawan itu kehendak.  

7. Multipurpose

Ada juga perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam satu masa seperti memasak dan membasuh baju, menunggu kawan dan membaca, memandu dan mendengar ceramah ilmiah dan lain-lain lagi. Ada kalanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak, kita perlu lakukan beberapa perkara dalam satu masa. 

8. Keutamaan

Setiap apa yang kita lakukan, kita perlu dahulukan perkara yang penting berbanding perkara yang kurang penting. Walaupun semua perkara yang penting tergolong dalam senarai keperluan, kita masih perlu memilih mana satu perkara yang perlu didahulukan dan mana satu perkara yang boleh dikemudiankan. 

Itulah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan masa diuruskan dengan baik. Pengurusan masa yang baik bukan sahaja dapat memberi ketenangan kepada seseorang malah ia juga membantu seseorang untuk lebih berdisiplin dan menghargai setiap masa yang diberikan.


 

WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber:

http://www.wikicara.org/2017/03/cara-mengurus-masa-dengan-lebih-bijak.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping