icon-search

Nikmat dalam Syurga

Nikmat dalam Syurga

Kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan kekal selamanya adalah kehidupan di akhirat.Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan kepada hamba-hambaNya barangsiapa yang mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, maka mereka akan memperolehi kegembiraan di akhirat kelak iaitu dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi. Syurga adalah tempat balasan baik yang disediakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada hamba-hambaNya yang beriman. Beramal dan bertaqwa dengan mengerjakan segala amal soleh dan meninggalkan perkara yang keji atau munkar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Hajj ayat 14:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفۡعَلُ مَا يُرِيدُ

صدق الله العظيم

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sesungguhnya Allah melakukan apa yang dikehendakinya.”

Ketahuilah syurga yang dimaksudkan itu di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai nikmat iaitu nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati dan tidak pernah terbayang oleh akal fikiran. Penghuni syurga sentiasa kekal dalam keadaan muda umurnya, tiada ditimpa penyakit dan tidak lagi ada kematian. Di dalamnya disediakan pelbagai mahligai, istana, sungai-sungai yang mengalir, perhiasan, kebun, bidadari dan pelbagai lagi nikmat yang tidak terlintas di hati.

Antara nikmat-nikmat yang terdapat di Syurga Allah SWT: 

1. Tempat (Syurga) yang akan didiami amatlah luas. Seluas langit dan bumi. Firman Allah swt :
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa. (Ali 'Imran 133)

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya. Itulah kurniaan Allah, yang diberikan kepada siapa yang dikehendakiANya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar. (Al-Hadid 21)

Para Ulama berbeza pendapat dalam menghuraikan ayat diatas. Ibn Abbas ra berkata :Iaitu digabungkan, dihimpunkan langit dan bumi. Menggambarkan betapa luasnya tempat tersebut. (Tafsir al-Qurtubi)

2. Keadaan di Syurga penuh dengan ketenangan, kedamaian. Tiada lagi kedengaran perkara-perkara yang meresahkan, perkara-perkara dosa. Tidak didengari lagi bisingnya kenderaan, teriakan atau jeritan kanak-kanak dan sebagainya, akan tetapi yang didengari hanyalah suara-suara yang menyenangkan. Firman Allah swt :

Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa. Tetapi mereka mendengar ucapan selamat!. (Al-Waaqi'ah 25, 26)

(Sambil mengucapkan): “salamunalaikum bima sabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra'd 24)

3. Cuaca di Syurga amatlah nyaman, tenang. Tidak panas membakar dan tidak pula sejuk menggigil. Firman Allah swt :
Di sana mereka duduk bersandar di atas pelamin-pelamin (yang berhias), disana mereka tidak melihat (merasa teriknya) matahari dan tidak juga merasai dingin yang berlebihan. (Al-Insan 13)

4. Tempatnya (Syurga) bukan hanya luas, tetapi Binaan dan segala Perhiasan didalamnya terdiri daripada Emas, Perak, Permata, Mutiara Zamrud dan segala perkara yang menyukakan hati dan pandangan. Dan mengalir pula dibawah, dicelah-celahnya Sungai-sungai. Firman Allah swt dan Sabda Nabi saw :
Tetapi orang yang bertaqwa pada Tuhannya, mereka mendapat kamar-kamar yang dibangunkan (bertingkat-tingkat) yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. (Itulah) janji Allah. Allah tidak akan memungkiri janji(Nya). (Az-Zumar 20)

Di Syurga tempat kediamanNya terdiri daripada Mutiara yang Nampak dari Luarnya. (Hr Bukhari)

5. Pakaian dan perhiasanNya. Firman Allah swt :

Mereka di dalam berpakaian sutera hijau yang halus, tebal seta memakai gelang yang diperbuatdaripada perak dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih (dan suci) (Al-Insaan 21)

6. Terdapatnya sungai-Sungai yang amat jauh bandingannya dengan sungai di dunia hari ini. terdiri dari perisa susu, madu yang bersih, segar, lazat yang tidak berubah rasa, baunya. Kekal selama-selamanya. Tiada hujan, panas dan segala perkara yang boleh mengurangkan rasa nikmatnya minuman di Syurga. Ada pula sungai-sungai yang berisi dari Arak yang begitu lazat, yang tidak memabukkan seperti mana di dunia hari ini. Segalanya tak dapat nak dibayangkan, cukuplah kepercayan, keyakinan kita akan benarnya janji-janji Allah swt sebagaimana telah dijelaskan dalam FirmanNya :

Perumpamaan penghuni Syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya dan sungai-sungai khamar (anggur yang tidak memabukkan) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai madu yang murni. Di dalamnya mereka memperolehi segala macam buah-buahan dan keampunan dari Tuhan merekASamakah mereka dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih, sehinnga hancur ususnya? (Muhammad :15)

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baiklah, maka bagi mereka disediakan Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnyASetiap daripada mereka diberi rezeki buah-buahan dalam Syurga itu, mereka mengatakan : ‘inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu’.
Mereka di beri buah-buahan yang serupa untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal didalamnya. (Al- Baqarah 25)

Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk. (Al-Waqi'ah 19)

Tidak ada di dalamnya (unsur) yang memabukkan dan mereka tidak mabuk kerananya. (As-Saaffat 47)

7. Bermacam-macam nikmat telah dijanjikan, hatta hamparan dan bejananya pun terdiri dari sutera, emas, perak. “Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha suci Allah Yang Maha Agung”. Firman Allah swt :
Mereka bersandar di atas permaidani yang bahagian dalamnya daripada sutera tebal. Dan buah-buahan kedua Syurga itu dapat (dipetik) dari dekat. (Ar-Rahman 54)

Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas daripada emas dan di dalam Syurga itu terdapat apa yang diinginkan oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya (Az-Zukhruf 71)

Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana daripada perak dan piala-piala minuman yang jernih laksana kristal, (Al-Insan :15)


8. Pohon-pohon, kebun-kebun, buah-buahan dan bermacam jenis hidangan disediakan diSyurgASegalanya lebih enak rasanya dari hidangan dunia. Boleh dipilih-pilih dan segalanya percuma. Bayangkanlah kalau di masa dunia kita berada di tengah-tengah suatu kebun, ataupun suatu tempat yang penuh dengan berbagai macam jenis hidangan makanannya, sudah tentu kita akan merasa asyik dengan Nikmat tersebut. Namun Syurga teramatlah lagi besar NikmatNya. Firman Allah swt :

Di dalamnya mereka bersandar (di atas pelamin) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman (di dalam Syurga itu). (Sad 51)
Dan buah-buahan apa pun yang mereka pilih. Dan daging burung apa pun yang mereka inginkan. (Al-Waaqi'ah 20, 21)

Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu. (Mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri. Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya). Dan naungan yang terbentang luas. Dan air yang mengalir terus-menerus. Dan buah-buahan yang banyak. Yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya. (Al-Waaqi'ah 27-33)

9. Dianugerahkan pula Bidadari-bidadari buat kaum lelaki yang telah dijadikan khas di Syurga. Kecantikan, kesucian, keayuannya tak dapat nak digambarkan. Firman Allah swt dan Sabda Nabi saw :

Di sisi mereka ada (bidadari-bidadari) yang bermata indah dan membatasi pandangan. Seakan-akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik. (As-Saaffat 48, 49)
Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya. Maka nikmat Tuhanmuyang manakah yang kamu dustakan? Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (juga). Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahmaan 56-61)

Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung. Lalu kami jadikan mereka perawan-perawan. Yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 35-37)
Jika Seorang perempuan dari kalangan Bidadari Syurga itu turun ke Bumi nescaya diterangi, dipenuhi tempat kawasan tersebut itu akan keserian, kewangian, keharumanNya. (Hr Tarmidzi- Hadis Sahih)

10. Keadaan Penghuninya. Firman Allah swt dan Sabda Nabi saw :
Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan memasuki Syurga adalah umpama Bulan Purnama dan kumpulan berikutnya bagaikan Cahaya Bintang yang bergemerlapan di langit. Masing-masing mempunyai dua orang pasangan yang tulang sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam Syurga tiada seorang pun yang bersendirian tanpa pasangan. (Hr Muslim)
Doa mereka di dalamnya ialah ‘subhanakallahumma’ dan salam penghormatan mereka ialah, “salam” dan penutup doa mereka ialah “alhamdullilahi rabbil’alamin. (Yunus 10)

11. Seterusnya Nikmat terbesar bakal diperolehi ialah dapat melihat Allah swt. Bayangkan di dunia jika kita diberikan kesempatan untuk bertemu dan berbual-bual dengan orang-orang yang hebat, Pemimpin-pemimpin dan sebagainyASudah tentu kita rasa gembira dan bahagia dengan pengalaman tersebut. Inikan pula akan bertemu dengan Allah swt. Tuhan yang meciptakan segalanya, yang memberikan segalanya. Tuhan yang telah memberikan berbagai Nikmat yang dapat kita rasai hari ini. Firman Allah swt:  Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Memandang Tuhannya (Al Qiyamah 22, 23)


WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber:
http://eseiazizharjin2014.blogspot.com/2014/09/nikmat-nikmat-syurga-menurut-islam.html
http://kheu.gov.bn/Lists/Khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=804



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping