icon-search

Cara Merawat Tonsil

Cara Merawat Tonsil

Selain rawatan antibiotik, terdapat juga beberapa cara merawat tonsil secara tradisional yang boleh mereda dan melegakan keradangan tonsil. Tonsillitis adalah keadaan di mana tonsil selalunya menjadi bengkak dan meradang akibat jangkitan virus atau bakteria. Antara simptom Tonsillitis yang biasanya terjadi adalah seperti demam, sakit tekak, sakit telinga, nafas berbau dan kadang-kadang ada tompokan putih pada permukaan bahagian tonsil yang menandakan keadaan yang lebih serius.

1. Berkumur Dengan Air Garam Suam

Cara ini juga amat efektif kerana air suam akan memberi kesan yang menenangkan manakala garam pula akan membantu untuk membunuh jangkitan atau bakteria.

Selain itu, garam juga boleh membantu mengurangkan keradangan serta mampu memberi kelegaan yang segera.

Cara-caranya mudah sahaja.

  • Campurkan satu sudu besar garam meja ke dalam secawan air suam.
  • Berkumurkah dengan air garam suam tersebut selama beberapa saat dan buang air garam usai selepas berkumur. Jangan telan air garam tu ya.
  • Anda boleh ulangi langkah ini sekerap mungkin untuk pemulihan yang lebih cepat.

2. Minum Teh Suam Bersama Madu Asli

Minuman teh yang suam boleh membantu mengurangkan sakit dan tekanan akibat pembengkakkan serta melegakan kesan radang pada bahagian tonsil.

Penggunaan madu asli yang mempunyai sifat antibakteria yang kuat pula adalah cara merawat tonsil secara tradisional yang dipercayai mampu membantu melawan jangkitan yang menyebabkan radang.

3. Guna Kulit Kayu Manis

Selain madu, kulit kayu manis juga dipercayai mampu mengubati keradangan akibat jangkitan virus dan bakteria. 

Inilah cara-cara penggunaannya:

  • Masukkan satu sudu teh serbuk ekstrak kayu manis ke segelas air panas.
  • Campurkan satu sudu besar madu asli dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan sudu kayu atau plastik.
  • Minum dan amalkan dengan kekerapan dua atau tiga kali sehari selama satu minggu.

4. Minum Air Lemon Bersama Madu Asli

Air perahan lemon yang dicampur bersama madu asli juga sangat bagus untuk melegakan tonsil, sakit tekak mahupun batuk.

Selain berkemampuan untuk memecahkan lendir dan melegakan sakit, lemon juga boleh meningkatkan serta memperkuatkan sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan.

Caranya juga cukup mudah, campurkan 2 sudu jus perahan lemon dan 1 sudu madu asli ke dalam suku cawan kecil air suam. Minum 2-3 kali sehari untuk melegakan tonsil.

5. Guna Kunyit

Caranya sangat mudah. Campurkan satu sudu teh serbuk kunyit ke dalam segelas susu segar. Amalkan dua kali sehari pada awal pagi dan lewat petang untuk membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan.

Sifat anti-radang dan antibakteria yang terkandung di dalam kunyit mampu membantu untuk mengurangkan kesan radang dan melawan pembiakan bakteria.


WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Mansock K Dark Choc
  • Handsock Kayla

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://cariblogger.com/cara-merawat-tonsil/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping