Solat sunat tahajjud dilakukan pada tengah malam, iaitu selepas jam 12 malam.
Waktu ini adalah selepas bangun daripada tidur sewaktu keadaan senyap sunyi dikala semua manusia lain sedang nyenyak tidur.
Firman Allah SWT: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.— Surah al-Muzzammil ayat 1-4
Amalan bangun untuk beribadah selepas tidur malam ini dikenali sebagai Qiamullail.
Niat Solat Tahajjud
Apabila bangkit selepas tidur di tengah malam, ambillah wuduk.
Seterusnya mengadap arah kiblat dan ucapkan lafaz niat solat solat tahajjud ini:
Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Atau niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
Rakaat Solat Tahajjud
Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat tahajjud secara terperinci.
Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat.
Solat sunat tahajjud boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. — tetapi ia boleh dilakukan sebanyak mungking mengikut kemampuan anda.
Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.
Perlaksanaan cara solat tahajjud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
Cara Solat Tahajjud
Cara solat tahajjud dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat yang lain.
Cara mengerjakan Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut:
Rakaat Pertama
1.Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai'ah . Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan.
3. Seterusnya, bacalah surah Al-Fatihah
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.
4. Kemudian, baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-kafirun (atau surah yang lain).
5.Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
6.Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.
Surah Al-Fatihah
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:
9.Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.
10.Solat diakhiri dengan memberi salam.
Doa Solat Tahajjud
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya.
Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut:
Maksudnya:
Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.
Doa ini adalah menurut riwayat Ibn Majah daripada Abdullah Ibn Abbas dan riwayat al-Bukhari, no 1120, 6317, 7385 dan Muslim no 769
WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Stokin Kanik Japan
- Stokin Elkido Kids
- Handsock Cik Wania
- Handsock Addra Exclusive
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber:
https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-tahajjud/