icon-search

Cara untuk Close Sale di Whatsapp

Cara untuk Close Sale di Whatsapp

"CLOSE SALE".... APA TU???

Close sale merupakan proses menukar prospek kepada pembeli dengan cara membuat mereka minat dan tertarik untuk membeli produk anda. So macam mana nak "Close sale"???

1. Personalize panggilan dan pengenalan diri anda
First stage untuk mendekati pelanggan adalah dengan cara membuat mereka selesa dengan anda.  Anda sebagai seller  boleh menggunakan panggilan diri seperti "saya ataupun gunakan nama" sebagai cara untuk anda berkomunikasi dengan buyer. Hal ini akan membuatkan buyer berasa selasa untuk berkomunikasi dengan anda. Panggilan yang sesuai untuk buyer pulaadalah seperti "Sis, dear, akak, puan ataupun cik". Anda boleh memanggil mereka mengikut status mereka. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan untuk mereka berkomunikasi dengan anda. Apabila mereka berasa selasa dengan anda, mudah untuk anda membantu mereka untuk membuat pilihan.

2.Menjawab soalan prospek secara spesifik
Jika prospek bertanyakan soalan berkenaan dengan harga, anda boleh menjawab dengan cara bunga-bungakan ayat anda dengan menawarkan promosi menarik dan selitkan kebaikkan produk anda  kepada prospek. Akhir sekali barulah berikan harga kepada prospek anda. Jangan menyeleweng daripada tajuk.

3. Testimoni, review, dan bukti
Anda boleh meberikan gambar testimoni ketika berbual dengan prospek. Hal ini bagi mewujudkan kepercayaan mereka terhadap produk anda. Pastikan testimoni tersebut tidak syok sendiri, bukan direka dan tidak menipu prospek. Jangan sesekali gunakan testimoni palsu untuk melariskan produk anda.

Jom sama-sama follow cara ini manatahu akan membantu anda untuk mudah close sale.

www.socaz.my 



Sumber:
siakapkeli.my

   



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping