Kita selalu nak sesuatu yang perfect kan???
Pernah tak rasa apabila anda mahukan sesuatu hal itu menjadi perfect, anda akan rasa susah dan terkadang anda akan rasa stress apabila hal tersebut tidak menjadi seperti yang anda inginkan.
Kerja yang konsisten lebih penting daripada kerja yang sempurna. Apabila anda lakukan sesuatu hal tersebut dengan konsisten, anda akan lebih santai. Anda juga tidak berasa tertekan. Berbanding, anda lakukan kerja agar nampak "perfect", ada satu tahap anda akan rasa tertekan apabila lakukan hal tersebut.
Tiada siapa yang sempurna. Ketidaksempurnaan tersebut membuatkan kita istimewa.
Cubalah untuk lakukan pekerjaan dengan cara konsisten. Pasti kerja anda lebih baik.