Tahukah anda bersenam pada bulan Ramadan banyak manfaatnya kepada badan anda antaranya memaksimakan pembakaran kalori didalam badan, menyegarkan badan dan lebih bertenaga dan membantu dalam mengurangkan berat badan.
Maka, di kongsikan cara untuk kekal cergas walaupun berpuasa.
1. Lakukan aktiviti ringan sebelum berbuka puasa
Anda boleh berjalan atau berlari perlahan 30 minit sebelum berbuka puasa. 3o minit sebelum berbuka adalah waktu yang ideal agar ada tidak berasa terlalu letih. Jika badan terasa letih dan kepala pening, anda perlu untuk hentikan senaman tersebut.
2. Elakkan daripada bersenam pada waktu pagi
Bersenam pada waktu pagi akan membuatkan badan anda berasa lemah dan dehidrasi. Jadi anda tidak digalakkan untuk bersenam pada waktu pagi. Hal ini untuk memastikan badan anda untuk kekal bertenaga sepanjang anda berpuasa.
3. Elakkan daripada melakukan senaman berat
Hal ini akan mengakibatkan anda akan berasa lemah kerana aktivti tersebut memerlukan tenaga yang banyak dan pemecahan otot akan berlaku.
4. Boleh bersenam selepas berbuka
Anda boleh lakukan senaman selepas berbuka tetapi diingatkan supaya senaman tersebut tidak berat dan elakkan juga makan secara berlebihan ketika berbuka. Jika anda makan makanan berat ketika berbuka, berikan masa 1-2 jam pada tubuh anda untuk menghadam makanan tersebut sebelum bersenam.
Semoga tips ini berguna untuk anda
Sumber:
http://jkt.kpkt.gov.my/