Pada zaman sekarang, terlalu ramai manusia yang suka bergurau. Kadang-kala perkara yang kita sedang perkatakan itu walaupun kita hanya menganggap ia hanya gurauan tetapi perkara itu dilarang dalam Islam.
Disebutkan dalam sebuah hadis;
ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ
“Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai dan rujuk semula.”(Hadis Riwayat Abu Daud)
Menurut para tafsir melalui Kitab al-Muktamad (4/157), larangan ini bermaksud, jika dilafazkan walau secara gurauan, maka ia akan beralih kepada maksud asal. Dalam erti kata lain, pada asalnya, hukum suatu talak dikira jatuh.
Namun isu talak adalah hal rumit yang perlu difahami dengan sebaiknya berpandukan ilmu dan juga rujukan kepada pihak yang faqih dalam isu ini. Banyak huraian yang diberikan oleh para ulama berkenaan lafaz talak, sebelum dikira ia jatuh atau tidak.
Ucapan Talak Yang Tidak Dikira
Di dalam perbahasan talak juga, terdapat enam jenis ucapan talak sarih yang tidak dikira, iaitu:
1 – Orang yang tidur
2 – Orang yang gila
3 – Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap)
4 – Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan
5 – Penggunaan lafaz yang tidak difahami
6 – Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur
Perkara yang sering menjadi pertanyaan banyak pihak adalah ucapan talak jenis ketiga iaitu talak yang dikeluarkan daripada orang yang terlepas cakap. Pihak Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan jenis ucapan talak ini berdasarkan kitab al-Mu’tamad fi al-Fikh al-Syafie (4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili, iaitu:
Maksud: “Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talak, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain, atau seorang ahli fikh yang berulang kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga kerana tiada niat.”
Disebabkan itulah, Islam melarang untuk kita main-main dengan perkara tersebut. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurangnya ilmu dalam rumah tangga. Penceraian merupakan perkara yang digemari syaitan dan kaum kerabatnya kerana ia boleh memutuskan keturunan Nabi Adam a.s.
Penceraian Bukan Salah Jodoh
Pasti ramai yang salah anggap bahawa jika berlakunya penceraian, maka kita telah salah memilih jodoh atau Allah telah memberikan alamat serta petunjuk yang tidak betul semasa proses istikharah.
Namun, menurut jumhur ulama’ dan juga beberapa ceramah yang telah disampaikan oleh ustaz-ustaz, ia adalah bermaksud jodoh kita dengannya telah tamat.
Setiap sesuatu di atas muka bumi ini ada tarikh luputnya yang tersendiri. Apabila sampai masanya ia akan berakhir atau mati. Begitu juga dengan jodoh masing-masing. Wallahu a’lam.
Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!
Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://tzkrh.com/talak-antara-3-perkara-tidak-boleh-dijadikan-gurauan-dalam-rumah-tangga/