KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN:
Vitamin C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Ia mudah didapati dari sumber diet harian kita seperti buah-buahan & sayuran.
Umum mengetahui kebaikan Vitamin C untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Ianya adalah sejenis vitamin yang diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan badan. Namun, adakah setakat itu sahaja kebaikan vitamin C ?
Mestilah tidak. Mari kita baca manfaat yang kita dapat sekiranya mengamalkan pengambilan vitamin c.
1) Meningkatkan Sistem Imun
- Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C boleh meningkatkan anti-oksida dalam badan sebanyak 30%. Ianya dapat membantu badan untuk melawan penyakit secara semula jadi.
2) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
- Walaupun Vitamin C amat diperlukan oleh tubuh badan, namun badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.
Ini bermakna, kita perlu mendapatkan khasiat Vitamin C daripada sumber makanan seperti suplement, buah-buahan dan sayur-sayuran.
3) Penghasilan kolagen
- Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Dengan vitamin C, kulit akan menjadi gebu. kerana kolagen yang terhasil menjadikan wajah awet muda dan mengurangkan kedutan. Bukan itu sahaja, tona kulit yang tidak sekata juga dapat dikurangkan.
4) Menghasilkan kulit yang berseri
- Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini. Kebaikan Vitamin C pada kolagen menjadikan wajah lebih bersinar dan menghilangkan kekusaman.
5) Membantu Penyerapan Zat Besi
- Vitamin C terbukti membantu penyerapan zat besi yang diperlukan dalam badan.
Fungsi zat besi pula adalah membentuk hemoglobin. Dengan hemoglobin, tubuh badan akan mendapat oksigen yang mencukupi. vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih berkesan. Vitamin C ‘menangkap’ zat besi dan menyimpannya dalam bentuk yang lebih mudah untuk diserap oleh badan.
KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN:
- Menyokong sistem imun - Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh badan dari dijangkiti dan melawan penyakit.
- Antioksida - Membantu melawan radikal bebas & anti penuaan.
- Untuk kesihatan kulit - Menyokong pembentukan kolagen oleh protein
- Membantu penyerapan zat besi - Membantu penyerapan zat besi oleh tubuh.
- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
- Menyokong kesihatan tulang, gigi dan juga gusi.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa pentingnya pengambilan vitamin c untuk tubuh badan kerana banyak khasiatnya. So lepasni, dah boleh dah amalkan makan vitamin c setiap hari okayyy. Baru imun badan kuat dan boleh terhindar dari sebarang penakit In sya Allah. Selamat mencuba
Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/32382/LIFESTYLE/Femina/Manfaat-daripada-pengambilan-vitamin-C
https://annona.com.my/kebaikan-vitamin-c-khasiat-manfaat-kesihatan/
http://www.shidarahmat.com/2020/02/kepentingan-vitamin-c-untuk-tubuh-badan.html