icon-search

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Wanita solehah

Tiada wanita di dunia ini yang tidak mengimpikan syurga. Allah juga telah memberikan gambaran seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran bahawa wanita solehah pasti dijanjikan syurga. Namun untuk meraih tempat di syurga bukanlah mudah  tetapi tidaklah mustahil.

Berikut adalah antara ciri-ciri wanita solehah yang membawa ke syurga. Mari kita renungi bersama dan semoga bersama-sama kita dapat mencium bau syurga.   

1) Ikhlas dalam beribadah

  • Wanita solehah sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah dalam kehidupannya tanpa merungut. Menurut surah al-Ikhlas, Allah ada menggambarkan betapa pentingnya manusia mengutamakan sifat ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah kerana ia dapat membantu manusia di akhirat kelak.

2) Mengamalkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar

  • Selain itu, wanita yang solehah sentiasa mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar di mana dia akan selalu melakukan perkara-perkara yang baik yang dituntut oleh akidah dan syariat Islam dan akan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik yang harus dihindari oleh akidah dan syariat Islam. Mereka adalah wanita yang membenarkan yang halal dan menghalang yang haram.

3) Bertakwa dan Taat kepada Perintah Allah SWT

  • Apabila seorang muslimah bertakwa dan taat kepada perintah Allah serta beriman kepada rukun iman dan rukun Islam, maka secara tidak langsung wanita ini akan menghindarkan diri dari melakukan apa yang dibenci Allah. Ini merupakan salah satu ciri wanita solehah yang akan membawa dirinya ke Syurga.

4) Mempelajari Dan Memahami Al-Quran

  • Membaca, mempelajari dan sedaya upaya memahami Al-Quran adalah sangat dituntut oleh syarak dan merupakan satu amal ibadah yang sangat utama. Begitu tinggi darjat seorang wanita solehah di sisi Allah apabila beliau membaca Al-Quran berserta adab-adabnya. 

5) Taat Pada Suami dan Menjaga Kesucian

  • Wanita penghuni syurga adalah wanita solehah muslimah yang mampu taat pada suaminya dan selalu menjaga kesucian diri serta harta suami. Seorang muslimah yang akan masuk syurga merupakan wanita yang juga selalu mempercantik dirinya untuk Allah dan suami.

6) Menyambung dan Menjaga Tali Persaudaraan

  • Seorang wanita yang baik pasti menjalin semula tali persaudaraan dengan orang yang sudah memutuskannya. Itulah salah satu ciri wanita solehah yang turut membawa ke syurga.

Demikianlah antara ciri-ciri wanita solehah yang membawa ke syurga. Agak-agak ada tak ciri-ciri tu dalam diri kita, jika tidak ada boleh lah perlahan-lahan memupuk diri untuk menjadi wanita yang solehah. Semoga bersama-sama kita menjadi wanita yang solehah dan dapat mencium bau syurga...  

Semoga bermanfaat ! 

www.socaz.my

sumber:

https://bidadari.my/ciri-wanita-solehah/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping