REZEKI, ALLAH YANG PEGANG.
MINTA DENGAN DIA DULU...
Murah Rezeki. Semua manusia mahukan rezeki yang banyak melimpah ruah. Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup.
Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikal ini sekadar perkongsian yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan yang bermanfaat. Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah. Ini antara tips murah rezeki yang kita boleh amalkan setiap hari.
1) Sentiasa Ingat Kepada Allah
- Sentiasa ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.
2) Bersedekah Secara Istiqamah
Amalan sedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah.Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan. .
Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)
3) Memperbanyakkan Beristighfar
- Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakana kepda kaumku ”Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun.. Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”
4) Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa
- Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita.
- Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5) Solat Dhuha
- Solat Dhuha ni satu-satunya solat yang berikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha ni ibarat magnet rezeki. Bila kita selalu solat dhuha, bergantung kepada Allah SWT, pasti segala apa yang dipohon akan segera datang kepada kita.
6) Tidak Putus Berdoa Kepada Allah
- Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hamba-Nya.
7) Bertawakal Kepada Allah
- Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah; “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)
Semoga tips yang di sampaikan pada hari ini berguna untuk anda semua. Semoga kita sentiasa di murahkan rezeki selalu dan di permudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat.
www.socaz.my
Sumber:
https://www.alaf21.com.my/info-artikel/368/14-amalan-murah-rezeki
https://www.infopelajar2u.com/tips-untuk-murah-rezeki/
https://www.kelabmama.com/petua-murah-rezeki-yang-wajib-diamalkan/