icon-search

KEPENTINGAN MEMAKAI STOKIN KETIKA BERPANTANG

KEPENTINGAN MEMAKAI STOKIN KETIKA BERPANTANG

Berstokin semasa berpantang

Adakah perlu pakai stokin ketika berpantang? Ramai ibu yang baru saja bersalin akan memakai stokin selepas berpantang dengan tujuan untuk mengelakkan urat kaki daripada tersimpul dan juga dapat elakkan angin dari terus memasuki ke dalam badan.

Pakai stokin ketika berpantang bak aur dan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Stokin memang sudah jadi aksesori wajib buat wanita selepas bersalin. 

Antara kepentingan memakai stokin untuk ibu berpantang ialah:

1) Elak daripada masuk angin

  • Jika menurut orang tua-tua, pemakain stokin adalah perlu untuk ibu dalam pantang mengekalkan haba dalam badan dan mengelakkan ibu masuk angin, sekaligus mengelakkan bentan. Mungkin sebab itu tiada garis panduan khas stokin bagaimana yang harus dipakai, tapi kebanyakan ibu berpantang sering memakai stokin tebal.

2) Menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan

  • Manusia banyak kehilangan haba melalui tapak kaki. Pemakaian stokin adalah baik untuk menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum. Menyentuh tapak kaki secara langsung ke lantai yang sejuk kemungkinan boleh mengubah suhu badan ibu dengan drastik dan apabila badan menjadi lebih sejuk, penyembuhan dalaman selepas bersalin mungkin akan terganggu.

3) Elakkan pembekuan darah di betis

  • Selepas bersalin, perubahan sel darah pada saluran darah ibu akan berlaku. Yang paling ditakuti ialah darah beku pada salur darah dibetis kerana ibu selepas bersalin sudah tentu kurang aktif bergerak, hanya duduk-duduk atau baring sambil menyusukan bayi. Pengaliran darah yang tidak lancar terjadi dalam keadaan ini dan meningkatkan risiko darah beku. Pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot bahagian betis dan menggalakkan pengaliran darah. 

4) Untuk mengelakkan cedera pada kaki

  • Memakai stokin juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki ketika berpantang kerana ibu perlu banyak bergerak bersama anak, jika silap langkah sikit cedera pula. Pastikan memakai stokin yang anti licin ya. (ada di jual di socaz)   

Begitulah nasib bagi orang yang sedang berpantang. Baru kita tahu, pakai stokin ketika berpantang bukan saja-saja. Setelah selesai fasa kehamilan, diikuti pula dengan melahirkan anak dan berakhir dengan fasa berpantang. Kesemuanya ada pantang larang masing-masing dan di antara yang sering dipandang remeh adalah mengapa kita perlu pakai stokin ketika berpantang. Selain itu, jangan lupa amalkan amalan berpantang selepas bersalin dan jaga pemakanan semasa berpantang.

Diharapkan selepas ini anda tahu kenapa perlu bagi anda pakai stokin ketika berpantang dan usahlah mengeluh lagi.

www.socaz.my


Sumber :

https://markassikecil.com.my/kepentingan-memakai-stokin-ketika-berpantang/

https://100comments.com/malay/perlukah-pakai-stokin-ketika-berpantang-ini-jawapannya/

https://www.facebook.com/lovindastokinhandmade/posts/5-sebab-kenapa-ibu-berpantang-perlu-pakai-stokinbese-kita-selalu-dengar-org-beta/1445192612209116/

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping