icon-search

Kelebihan membuat Pemeriksaan Kesihatan secara Berskala

Kelebihan membuat Pemeriksaan Kesihatan secara Berskala

Masyarakat sekarang lebih prihatin dan faham akan kepentingan pencegahan. Pemeriksaan kesihatan biasa boleh membantu dalam mencari potensi isu-isu kesihatan sebelum ia menjadi suatu masalah yang besar. Apabila anda selalu berjumpa dengan doktor anda secara berkala, mereka akan dapat mengesan keadaan kesihatan atau penyakit anda lebih awal. Pengesanan awal akan memberikan anda peluang yang terbaik dalam mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin, bagi mengelakkan daripada sebarang komplikasi. Dengan mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang betul, saringan dan rawatan, anda sebenarnya sedang melangkah ke arah hidup yang lebih lama dan sihat. 


Faedah membuat Pemeriksaan Kesihatan biasa:

1.Mengurangkan risiko anda lebih sakit

2.Mengesan lebih awal potensi keadaan keadaan kesihatan atau penyakit yang berpotensi menjadi bahaya

3.Meningkatkan peluang rawatan dan penyembuhan

4.Menghadkan risiko komplikasi dengan memantau keadaan yang sedia ada

5.Meningkatkan jangka hayat dan meningkatkan tahap kesihatan

6.Mengurangkan kos penjagaan kesihatan mengikut masa dengan mengelakkan perkhidmatan perubatan yang mahal

7.Bentuk perkongsian yang baik dengan doktor supaya rawatan dapat lebih efisien

8.Dapatkan kemas kini mengenai maklumat perubatan atau teknologi baru yang tersedia


Ada juga baiknya jika anda buat pemeriksaan jika ada penyakit sejarah keluarga, tekanan darah yang tinggi ,Indeks jisim badan (BMI) yang tidak normal, ujian fizikal, pemeriksaan pencegahan dan kaunseling

Penjagaan dan pencegahan kesihatan telah menjadi suatu lumrah bagi orang untuk lebih peka dan prihatin terhadap kesihatan mereka sendiri. Masyarakat makin giat dalam mendapatkan nasihat kesihatan tentang bagaimana untuk hidup  dengan gaya hidup yang sihat. Mereka mencari cara bagaimana untuk mengurangkan risiko dalam pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan dengan cara mengekalkan diet seimbang, berat ideal dan tahap aktiviti fizikal.



psst, dekat lagi.....  

Dengar SOCAZ buat Sale lagi~~~~   

Ada BIG SALE & Set Shabat Sedunia       

Memang rare lah SOCAZ buat sale banyak-banyak  

Kalau minat nak beli, tekan je link di bawah:

www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.socaz.my

Sumber:

https://brainly.co.id/tugas/40936422

https://klinikcdckeningau.wixsite.com/kcdckgu/post/kepentingan-pemeriksaan-kesihatan-berkala



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping