icon-search

Pokok yang Boleh Tanam di Dalam Rumah

Pokok yang Boleh Tanam di Dalam Rumah

Pernah tak korang nak tanam pokok tapi tak suka enviroment kat luar? Dah lah panas, tak selesa, ada haiwan perosak pulak tu. Tapi korang masih juga nak cuba tanam? Ada cara lain, korang boleh je tanam dalam rumah. Lagipun,ada pokok yang sesuali untuk tanam dalam rumah pun. Antaranya:

  • Spider Plant
  • Aloe Vera
  • Sirih Gading
  • Lidah Mertua
  • Pakis Boston
  • Monstera Deliciosa
  • Dracaena
  • Golden Pothos
  • Philodendron
  • Peace Lily

1. Spider Plant

Spider plant merupakan pokok hiasan dalam rumah yang sangat diminati oleh ramai peminat pokok hiasa di Malaysia. Ini kerana rupanya yang cantik mampu menaikkan seri dalam rumah. Malah ia juga sangat mudah dijaga.

Harganya pun murah. Satu lagi kelebihan spider plant ialah pokok hiasan dalam rumah yang kecil ini memiliki daya serap racun yang sangat tinggi. Jika anda letakkan pokok spider plant di dalam rumah, ia mampu menyerap racun yang berada dalam udara di rumah anda.

2. Aloe Vera

Pokok hiasan yang seterusnya ialah pokok aloe vera yang juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Aloe vera yang ditanam dalam pasu putih kecil adalah sangat cantik dan menyegarkan pandangan mata.

Ia seperti terapi untuk mata anda. Selain lendirnya yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti kecantikan dan kesihatan, daun aloe vera juga sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menyerap semua bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam udara di rumah anda seperti benzena dan formaldehyde.

3. Sirih Gading

Pokok hiasan dalam rumah yang anda boleh tanam yang seterusnya ialah pokok sirih gading atau nama inggerisnya Devil’s Ivy. Kebiasaannya, pokok sirih gading ditanam dalam pasu kecil dan digantung di balkoni atau halaman rumah.

Pokok sirih gading bukan sahaja mampu menyerikan rumah anda malah ia juga membantu membersihkan kualiti udara dalam rumah anda. Seperti pokok hiasan dalam rumah yang lain, pokok sirih gading menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya yang berterbangan di udara rumah anda.

4. Lidah Mertua

Ada yang memanggilnya dengan nama pokok lidah mertua. Ada juga yang mengelarnya pokok lidah jin. Apa pun nama yang anda panggil, pokok lidah mertua merupakan salah satu daripada pokok hiasan dalam rumah yang paling popular di Malaysia. Malah ia selalunya dijadikan sebagai hiasan di sekolah, pejabat, klinik, dan hospital.

Pokok hiasan lidah mertua menjadi kegemaran ramai kerana parasnya yang cantik serta sangat mudah untuk dijaga. Malah ia juga bertindak sebagai penapis udara dan membantu membersihkan udara dalam rumah anda.

5. Pakis Boston

Pokok pakis boston adalah sangat cantik dan unik. Jika anda jadikan ia sebagai penghias meja, nescaya seluruh bilik anda akan kelihatan cantik berseri. Penjagaannya pun sangat mudah. Anda cuma perlu siram sekali dalam seminggu. Nak tahu apa yang lagi best tentang pokok pakis boston?

Pokok pakis boston terkenal dengan keupayannya untuk memberikan kelembapan kepada kawasan sekeliling. Oleh itu, jika anda letakkan pokok pakis boston di atas meja di pejabat anda, tiada lagi masalah kulit kering akibat terlalu lama berada dalam penghawa dingin. Kulit anda akan kekal lembab dan berseri.

6. Monstera Deliciosa

Pasti anda akan jatuh cinta dengan pokok hiasan dalam rumah yang ini. Mostera Deliciosa adalah pokok hiasan dalam rumah yang terkenal di Malaysia malah ia merupakan pokok hiasan dalam rumah yang digemari di seantero dunia. Ia menjadi pilihan ramai wanita kerana kecantikannya dan penjagaan yang mudah. 

Bukan itu sahaja, pokok hiasan dalam rumah ini dikatakan mampu memperbaiki kualiti udara dalam rumah dengan cara menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu membersihkan udara dalam rumah anda kerana kemampuannya untuk menyerap formaldehyde dalam udara.

7. Dracaena

Bagi mereka yang jarang membuka tingkap rumah, pokok hiasan ini adalah pilihan yang terbaik buat anda. Ini kerana Dracaena berfungsi untuk mengurangkan udara yang berkuap dalam rumah dan memberikan pengudaraan yang baik kepada rumah anda. Hasilnya, udara rumah anda akan menjadi segar dan nyaman.

8. Golden Pothos

Pokok hiasan dalam rumah yang kelihatan seperti pokok keladi ini juga sangat cantik dipandang. Semakin naik serinya kalau anda letakkan dalam pasu kecil dan gantungkan di atas kepada tempat anda berehat dan bersantai. Pokok hiasan golden pothos sememangnya di antara pokok hiasan dalam rumah yang sering dicari oleh pengemar pokok hiasan.

9. Philodendron

Philodendron adalah sejenis pokok hiasan dalam rumah yang menjalar yang memiliki daun bentuk hati. Seperti pokok hiasan dalam rumah yang lain, ianya juga sangat mudah dijaga dan mampu meningkatkan kualiti udara dalam rumah anda.

10. Peace Lily

Kalau anda nakkan pokok hiasan dalam rumah yang berbunga, peace lily adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ia bukan sahaja mencantikkan rumah anda malah membantu membersihkan udara.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Ada banyak cara lagi untuk anda menanam pokok di dalam rumah jika anda tidak suka tanam di luar. Jangan jadikan alasan untuk menghalang minat anda untuk menanam pokok. Banyak kelebihan dia, anda cuba perlu berusaha.



Okey, on the next chapter,

Anda nak bagi hadiah tapi tak tahu hadiah apa?  

Jangan risau, SOCAZ kan ada.

Memperkenalkan, Set Sahabat Sedunia!!!  

Set ni ada Set Perempuan & Set Lelaki

Semua orang boleh pakai  

Harga dah lah murah, jimat & sesuai pulak tu  

Nak tahu lebih lagi? Contect kita at:

socaz.com.my

Sumber:

https://bidadari.my/pokok-hiasan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping