Oleh kerana Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Antara hidangan popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.
1. Nasi Lemak
Nasi lemak di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. Terdapat juga penjual Nasi Lemak menyajikannya dengan lauk pauk lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya.
2. Asam Laksa
Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.
Gabungan unsur dua budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otaku dang bagi menambah rasa yang lebih enak. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya di Pulau Pinang.
3. Roti Canai
Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.
Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari.
4. Rojak
Rojak merupakan salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rojak iaitu rojak buah,rojak India, rojak Penang dan rojak sotong kangkung.
Bagi rojak buah biasanya terdiri dari potongan buah timun, mangga, nanas, sengkuang, taugeh dan juga tauhu goreng. Kuah rojak buah pula diperbuat daripada kicap, belacan, air, gula, jus limau nipis, cili dan kacang tanah yang dikisar.
5. Apam Balik
Apam Balik merupakan sejenis penkek leper yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua sekitar Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana sahaja.
Bahan yang digunakan untuk membuat apam balik terdiri dari adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Ia mempunyai inti seperti kacang tanah yang dikisar, gula dan krim jagung manis. Apam balik juga boleh diletakkan pelbagai jenis inti lain seperti hirisan coklat, parutan kelapa dan sebagainya mengikut selera masing – masing.
6. Mee Kari
Mee Kari merupakan hidangan yang penuh berperisa serta unik hasil daripada gabungan hidangan masyarakat Cina dan India. Kuahnya diperbuat dari rempah kari yang diadun bersama santan, pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun pudina.
7. Sate
Sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun.
Terdapat pelbagai jenis sate di Malaysia iaitu sate daging, sate ayam, sate perut dan sate kambing. Ia merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran.
8. Char Kuey Teow
Char Kuew Teow makanan yang sangat popular yang boleh didapati di Malaysia. Biasanya ia digoreng dengan kepanasan tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai. Selain itu, Char Kuew Teow juga digoreng bersama dengan telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkatkan lagi aromanya.
9. Nasi Kandar
Nasi kandar hidangan yang begitu popular dan berasal dari Pulau Pinang. Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Biasanya ia dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya.
10. Nasi Briyani
Nasi Briyani merupakan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan serta sayuran. Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.
11. Cendol
Cendol adalah pencuci mulut yang berasal dari Indonesia, namun begitu popular di Malaysia. Ia diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras serta berwarna hijau, ais batu yang dikisar dan gula melaka.
Ini merupakan antara makanan yang menarik ada di Malaysia. Mana satu makanan kegemaran anda? Jom kongsikan.
Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
- Stokin Soka Original New Edition
- Stokin Calista
- Lily Handsock
Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber: