icon-search

Cara Mandi Wajib Selepas Haid

Cara Mandi Wajib Selepas Haid

Pelaksanaan mandi wajib mempunyai panduan dan tatacara khusus yang bertetapan dengan hukum Islam. Jika dilakukan secara sambil lewa, mandi wajib boleh jatuh tidak sah dan sekaligus memberi kesan kepada ibadah yang dilakukan turut menjadi tidak sah. Jadi, saya nak kongsikan cara mandi wajib haid yang betul secara ringkas.

Pertama sekali, pastikan air yang hendak digunakan adalah suci. Tak kisahlah apa sahaja jenis air mandian, termasuk air paip, air hujan, air pancut atau air sungai. Anda perlu meyakini air yang digunakan adalah air mutlak. Ini adalah perkara paling penting.

Yang kedua, cara mandi wajib yang betul adalah perlu dilakukan dalam dua keadaan. Secara berdiri dan menyangkung. Ini bagi memastikan air yang diratakan terkena pada seluruh anggota badan yang zahir. 

Sekiranya anda tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib, mandi wajib yang anda lakukan boleh menjadi tidak sah. Oleh itu, perkara paling penting yang perlu anda ketahui adalah rukun mandi wajib. Apakah ia?

Rukun mandi wajib ada 3 perkara, iaitu:

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis pada badan
  3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir

Rukun yang pertama adalah niat. Setiap mandi wajib atau mandi junub perlu disertai dengan niat yang betul. Bagi niat mandi wajib haid:

“Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”

Rukun mandi wajib yang kedua adalah menghilangkan najis yang pada badan. Najis pada anggota badan boleh dibersihkan secara serentak dengan mandi wajib. Ini bermakna, membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Rukun yang ketiga pula meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Anggota badan yang zahir meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada pada badan, sama ada bulu-bulu yang jarang ataupun lebat.

Sekiranya rambut anda biasanya ditocang atau disanggul, seeloknya dibuka ketika melaksanakan mandi wajib. Ia bagi mengelakkan kekhuatiran air tidak sampai ke kulit kepala. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula tidak wajib dibasuh kerana dianggap anggota badan yang tak terzahir pada luaran. Namun, sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, maka wajiblah ianya dibasuh sekali.

Jika terdapat kotoran yang boleh menghalang air untuk sampai ke kulit bahagian kuku, kotaran tersebut perlulah dibersihkan. Kotoran itu boleh dibuang ketika sedang mandi.


Cara-cara untuk mandi wajib yang betul adalah:

  1. Niat ketika air sampai ke tubuh badan.
  2. Membaca bismillah.
  3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun.
  6. Berwudhu.
    Wudhu diambil seperti biasa sepertimana dilakukan sebelum menunaikan solat.
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala atau siram air sebanyak tiga kali ke kepala.
  8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulakan dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Pastikan untuk membuka ikatan rambut ketika mandi supaya air boleh sampai ke kulit kepala.

Mungkin ada yang anda terlepas pandang atau dilakukan dengan cara yang salah, jadi, eloklah untuk diperbetulkan dan diteliti semula cara mandi wajib yang dilakukan.

Pelaksanaan mandi wajib ini memang kelihatan mudah, namun tidak bermakna ia juga perlu diambil ringan. Kerana hukumnya haram untuk kita beribadah kepada Allah ketika berada dalam keadaan berhadas besar. Ibadah yang dilakukan seperti membaca Al-Quran, menunaikan solat dan sebagainya boleh jatuh tidak sah apabila mandi wajib yang dilakukan tidak sah.



Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Stokin Calista 
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber: 

https://beanahomequran.com/niat-dan-cara-mandi-wajib-haid-langkah-demi-langkah-2/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping