Tidur adalah salah satu keperluan penting manusia agar boleh meneruskan kehidupan. Waktu tidur yang ideal untuk orang dewasa adalah sekitar 7-8 jam setiap malam. Walaupun demikian, bukan bererti sudah mempunyai tidur yang cukup maka anda tidak akan sering mengantuk. Jadi, kenapa anda berasa sering mengantuk walaupun sudah cukup waktu jam tidur? Jom ketahui puncanya.
1. Minum alkohol
Walaupun anda sudah merasa mempunyai tidur yang cukup, minum alkohol boleh sahaja menjadi salah satu alasan kenapa masih sering mengantuk pada siang hari. Minum alkohol sebelum tidur dapat meningkatkan hormon epinefrin, hormon stres yang meningkatkan degupan jantung, sehingga anda sering terbangun tengah malam.
2. Sleep apnea
Sleep apnea adalah salah satu gangguan tidur yang terjadi ketika nafas terhenti ketika anda sedang tidur. Dalam dunia perubatan, sleep apnea yang terjadi kerana adanya penyumbatan pada saluran pernafasan disebut sebagai obstructive sleep apnea.
Saat anda mengalami kesulitan untuk bernafas, otak akan mengirimkan signal untuk bangun. Tanpa sedar, pada saat itu Anda akan bangun sejenak, menghirup kembali nafas, dan akhirnya tidur semula. Hal ini menyebabkan tidur anda menjadi terganggu kerana terbangun setiap beberapa waktu sekali.
3. Restless legs syndrome
Restless legs syndrome (RLS) mungkin salah satu alasan kenapa anda masih mengantuk padahal sudah cukup tidur. Perkara ini menyebabkan anda tidak boleh menahan diri untuk tidak menggerakkan kaki pada malam hari, termasuk saat sedang tidur.
Biasanya, RLS terjadi kerana adanya perasaan tidak tenang yang terasa pada area kaki. Hal ini tentu sahaja dapat mengganggu kualiti tidur anda, sehingga mahu atau tidak, anda masih akan merasa lelah dan mengantuk pada siang hari walaupun sudah tidur cukup.
4. Berjalan saat tidur
Sleepwalking atau berjalan saat tidur, adalah salah satu gangguan parasomnia yang mungkin anda alami. Dalam keadaan tak sedar, anda boleh sahaja berjalan di dalam rumah. Keadaan ini sebenarnya lebih sering terjadi pada anak-anak, tetapi orang dewasa juga boleh turut mengalaminya.
WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
- Handsock Kayla
- Princess Handsock
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://hellosehat.com/pola-tidur/gangguan-tidur/penyebab-sering-mengantuk/