icon-search

Rukun Islam yang perlu kita tahu

Rukun Islam yang perlu kita tahu

Setiap orang muslim wajib mengetahui rukun-rukun islam. Ia tidak sepatutnya tidak mengetahui kerana kita semua sudah mengamalkan dalam harian kita. Antara 5 rukun islam adalah:

1. Melafazkan dua kalimah syahadah
Syahadah merupakan lafaz dan ikrar penyaksian tauhid iaitu keyakinan pada Allah SWT dan penyaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammas SAW. Syahadah (Penyaksian tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah) adalah pengucapan dua kalimah syahadah yang merupakan penyataan atau ikrar misi dan visi hidup seorang Muslim. Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran Rasul-Nya Muhammad SAW sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada keseluruhan alam. 

2. Mendirikan Solat
Solat merupakan satu taklifan ke atas semua umat Islam yang mana telah melafazkan ikrar syahadah dalam diri mereka. Ia merupakan satu ibadah wajib yang perlu di lakukan dan sesiapa yang meninggalkannya merupakan satu dosa besar. Solat juga merupakan satu wasilah langsung kita kepada Allah SWT. Kita berkomunikasi dengan Allah SWT melahirkan apa yang dirasa dan difikirkan sama ada rasa gembira atau sebaliknya. Sebagai hamba-Nya, kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita rasai tanpa rasa bimbang atau khuatir rahsia itu akan diketahui oleh orang lain. Allah Maha Pendengar dan Maha Penyayang. 

3. Berpuasa di bulan Ramadan
Berpuasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala dari sudut Syarak ia membawa maksud meninggalkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertai dengan niat puasa.

Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi. Allah telah meberikan kelebihan yang banyak dalam bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. Berpuasa pada bulan Ramadan adalah satu latihan rohaniah bagi mendidik jiwa manusia supaya bersabar, bersyukur dan sentiasa merendah diri sesama manusia. Semasa sedang berpuasa, kita bersabar ketika merasa lapar dan dahaga sepanjang hari. Kita juga diajar sabar ketika merasa marah semasa sedang berpuasa. Ertinya dalam kehidupan seharian hendaklah kita juga bersabar ketika menghadapi pelbagai dugaan dan cubaan

4. Membayar Zakat
Zakat ialah kata dasar dalam bahasa Arab daripada perkataan Zaka yang membawa pengertian berkat, tumbuh, suci, bersih dan baik atau dapat memberi maksud membersihkan atau mensucikan.
Menurut hukum Islam (istilah syarak) zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah SWT dan diserahkan kepada orang yang berhak seperti orang fakir miskin. Menurut al-Mawardi dalam Kitab al-Hawiy, zakat ialah nama bagi sesuatu pengambilan tertentu daripada harta yang tertentu menurut sifat-sifat tertentu dan untuk diberikan kepada golongan tertentu.

5. Menunaikan Haji
Setiap umat Islam yang cukup syaratnya (berkemampuan) wajib mengerjakan haji di Mekah. Haji ialah ibadat yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk semua orang muslim. Orang yang menunaikan haji bukanlah kerana kehendak kan keduniaan (gelaran atau menunjuk nunjuk) tetapi kerana ibadat haji itu tuntutan agama.

Kewajipan mengerjakan haji diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an dengan firman-Nya yang bermaksud:
…ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلٗاۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Dan bagi (kerana) Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu, (iaitu) siapa yang berkuasa mengadakan perjalanan kepadanya, dan barang siapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu kaya daripada alam semesta.
(Surah al-Imran: 97)  

www.socaz.my

Rujukan dari:

https://www.masjidtamansutera.com/2018/12/20/rukun-islam/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping