Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah.
Semua orang setuju bahawa rezeki yang halal dan berkat dari Allah SWT wajib kita cari supaya keperluan hidup kita di dunia dan akhirat mencukupi.
Di zaman moden ini, cara untuk mendapatkan rezeki semakin kompleks dan semua cara-cara tersebut tertakluk kepada hukum haram, halal dan syubahat.
Terdapat 3 cara mencari rezeki yang diberkati Allah swt :
1) Jauhi perkara haram
- Kalau tidak kena caranya maka mudah untuk kita cenderung kepada perkara yang halal dan juga syubahat. Secara mudah, solusi dalam mencari rezeki yang halal dan berkat sudah tentu dengan jalan yang tidak melanggar syariat-syariat Allah SWT. Kita wajib menjauhkan diri daripada riba, judi, penipuan, jual beli haram, rasuah, khurafat dan segala perkara yang diharamkan dalam Islam. Untuk meraih keberkatan rezeki, seboleh mungkin kita menghindarkan diri dari hal-hal yang syubahat juga.
2) Bertawakkal dan bertakwa
- Ya, dalam berusaha mencari rezeki, seringkali kita diuji dengan pelbagai rintangan. Jadi, kita perlu bersabar menghadapi semua itu. Kita perlu sentiasa bertawakkal dan bertakwa kepada Allah SWT. Cuba anda hayati maksud firman Allah SWT di bawah ini:
"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya; dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (At-Thalaq: 2-3)
Apabila kita diberikan oleh Allah SWT kelapangan, dan dipermudah jalan rezeki kita, maka kita tidak boleh lupa untuk sentiasa mensyukurinya.
Jangan sampai kemudahan itu melalaikan kita dari-Nya.
3) Jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT
- Yakinlah, sesungguhnya rezeki kita semua sudah ditentukan oleh Allah. Jangankan kita manusia, rezeki seluruh binatang di muka bumi ini pun sudah dijamin oleh Allah. Oleh itu, jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah, yang Maha Luas karniaan-Nya.
- Cuba hayati terjemahan ayat Al-Quran di bawah ini. Allah berfirman, yang bermaksud:
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..." (az-Zumar: 53)
Yakinlah bahawa bersama kesulitan itu ada kemudahan, sebagaimana firman-Nya,"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain); dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap." (al-Insyirah 5-8)
Semoga tips ini memberikan manfaat kepada anda semua. Semoga kita sentiasa berusaha dalam mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah SWT selalu. Allah SWT berjanji akan mencukupkan rezeki bagi siapapun yang bertawakkal kepadaNya. Maka tugas kita bertawakkal kepadaNya semaksimum mungkin.
Sumber:
http://rahsiarezekimurah.blogspot.com/2015/12/3-tip-mencari-rezeki-yang-halal-dan.html