Masalah ramai kaum wanita ketika ini selain berat badan adalah memiliki kaki dan peha yang besar. Bukan sahaja buat bentuk badan nampak tak seimbang tapi juga menyukarkan kita mencari seluar terutamanya. Semuanya ketat betul tak?
Selain diet, kalau nak cepat kecilkan peha kena juga buat senaman. 5 Jenis senaman ini memang terbukti mampu mengecilkan peha dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Cuma luangkan masa satu minit untuk setiap senaman.
1. Hip Bridge
Ia bukan sahaja mampu mengecilkan peha tapi juga kuatkan bahagian perut,kaki dan bahagian belakang.
- Baring, luruskan tangan.
- Bengkokkan kaki dan angkat punggung.
2. Lunges
Kalau mahu peha dan kaki yang cantik inilah senamannya. Ia juga boleh kuatkan otot dan batuk keseimbangan. Sangat mudah, dan tak perlu tempat luas. Boleh juga melakukannya dengan dumbell.
- Berdiri dengan kaki selangkah ke hadapan.
- Turunkan tubuh anda hingga ke lutut kanan pada 90 darjah.
- Bangun dan ulang pada kaki sebelah pula.
3. Single Leg Circle
Buat sekejap sahaja tapi kesannya cukup besar dalam usaha mengecilkan peha.
- Baring, tangan di atas lantai.
- Angkat kaki kanan mengala ke siling kemudian gerakkan kaki mengikut jam dan lawan arah jam kemudian turunkan.
- Tukar kaki.
Sumber:
https://www.vanillakismis.my/5-jenis-senaman-dalam-rumah-ini-mampu-kecilkan-peha-dalam-masa-sebulan/