icon-search

Tips Basuh Baju Agar Sentiasa Bersih dan Wangi

Tips Basuh Baju Agar Sentiasa Bersih dan Wangi

Setiap hari pasti kita akan membasuh baju, tapi tahukah anda cara membasuh baju yang betul agar baju anda bersih serta wangi? Dengan teknologi canggih masa kini, hampir semua orang dah tak basuh baju secara manual menggunakan tangan lagi. Kini, sudah ada pelbagai jenis mesin basuh dengan pelbagai fungsi. 

Apabila anda menggunakan mesin basuh baju, kadang kala pakaian yang dibasuh tidak bersih dan juga tidak meninggalkan bau wangi.  Wal hal sabun pencuci baju telahpun digunakan, tetapi masih tidak berbau wangi. Hal ini berlaku kerana teknik membasuh baju yang salah. Di sini saya akan kongsikan beberapa cara yang betul untuk basuh baju agar bersih dan wangi. 

1. Terus Basuh Baju

Seelok-eloknya baju-baju kotor jangan dikumpulkan lama-lama dalam bakul. Lebih baik basuh baju pada setiap hari. Apabila anda mengumpulkan semua baju itu, pelbagai bau akan terperangkap. Bau peluh, tertumpah kari, terpercik kuah masakan dan sebagainya. 

Kesemua ini akan menggalakkan bakteria membiak disebabkan keadaan baju yang lembap dan basah. Lebih lama baju dikumpulkan, lagilah kuat bau hapak yang terhasil.

2. Asingkan Baju

Pakaian-pakaian yang nak dibasuh seelok-eloknya diasingkan ketika membasuh. Asingkan mengikut jenis ketebalan, material dan saiz. Jika anda membasuh cadar katil atau langsir yang tentunya bersaiz besar, jangan masukkan baju. 

Ini disebabkan apabila mesin basuh berada dalam mode wash dan  spin, baju-baju tersebut akan terbelit. Kesannya pakaian tidak akan menjadi bersih dan kotoran akan terperangkap pada bahagian yang tak dapat dibasuh.

3. Jangan Rendam Terlalu Lama

Baju yang kotor atau berbau perlulah dicuci dengan tangan terlebih dahulu untuk menghilangkan kesan. Jika tertumpah warna atau terkena sambal sardin, jangan terus masukkan ke dalam mesin basuh dengan baju-baju yang lain. 

Cara yang betul ialah cuci, bilas dan rendam seketika. Anda boleh memasukkan sedikit sabun pencuci dan pelembut fabrik. Ia dapat menanggalkan kekotoran walaupun hanya secara ringan. 

Namun, jangan rendam terlalu lama sehingga berjam-jam atau semalaman. Apabila direndam lama, akan ada bau yang kurang sedap. Bila dimasukkan ke dalam mesin basuh, baju-baju lain juga akan terkesan sama. 

4. Gunakan Sabun dan Pelembut Fabrik

Jangan lupa masukkan sabun pencuci khas untuk pakaian dan pelembut fabrik. Hanya sabun jenis ini yang mampu menanggalkan kotoran degil. Apabila menggunakan pelembut fabrik, ia dapat melembutkan kain dan memudahkan proses pencucian. Pelembut fabrik yang terdapat di pasaran direka dengan fungsi untuk mewangikan pakaian sekaligus. Oleh itu, pakaiaan anda akan kekal wangi walaupun selepas kering.

5. Jemur Segera Selepas Basuh

Anda dinasihatkan untuk membasuh baju pada waktu pagi kemudian terus menyidainya. Jangan cuci baju pada malam sebelumnya, kemudian membiarkan ia di dalam mesin basuh atau bakul. Hal ini kerana, lama kelamaan, bau hapak akan mula terhasil.

Setelah mencuci pada waktu pagi, terus jemur sekitar jam 10 pagi. Pada waktu itu, cuaca dah mula panas dan berangin. Apabila baju benar-benar kering, anda boleh terus angkat.

6. Jangan Jemur dalam Rumah atau Bilik

Sidai pakaian yang dibasuh di tempat yang panas dan berangin. Seelok-eloknya, jemur di luar rumah. Jika anda mengidai di dalam rumah atau bilik yang mempunyai pengudaraan yang kurang baik, pakaian akan menjadi lembap. 

Masa yang diambil untuk kering pun menjadi sangat lama dan pastinya bau kurang enak nanti. Jika kawasan rumah anda tidak mempunyai kawasan tanah lapang, Boleh disidai di halaman rumah yang tertutup. Yang penting masih ada ruang untuk cahaya matahari masuk. 

7. Sentiasa Bersihkan Penapis Kotoran

Anda mesti perasan di bahagian dalam mesin basuh terdapat penapis yang menyedut kotoran dan habuk yang terdapat pada pakaian. Jangan lupa bersihkannya dengan kerap. Buang semua kotoran yang tersangkut dan membilasnya. Jika kita biarkan kotoran terkumpul di dalamnya, lama-kelamaan nanti kotoran tersebut akan terkeluar semula. Ini kerana penapis tersebut dah tak mampu menampung kotoran lagi. 

Semoga bermanfaat.


WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
  • Handsock Kayla

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://bidadari.my/cara-basuh-baju/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping