icon-search

Tips Penjagaan Kereta

Tips Penjagaan Kereta

PENYENGGARAAN ialah asas penjagaan kereta yang sangat penting dan jangan ambil mudah. Ada pemandu yang langsung tidak peduli tentang tempoh servis berkala sampai ke tahap selagi kereta boleh jalan.

Faktanya, kereta memang perlu disenggara. Bukannya payah pun, asalkan anda amalkan 8 tip mudah di bawah ini, anda bukan  saja mampu menjimatkan masa atas jalan, tetapi juga  mengurangkan risiko kereta rosak tiba-tiba.


1. Pastikan Tayar Berada Dalam Keadaan Baik

Tayar penting untuk memastikan perjalanan anda selamat. Tekanan angin tayar yang mencukupi mempengaruhi prestasi pemanduan, pengendalian, pecutan dan brek. Sebaliknya tayar yang kurang angin memberikan impak besar terhadap keselamatan. 

Amalkan pemeriksaan tayar setiap seminggu sekali atau sebelum memandu. Perhatikan tekanan angin, tanda kehausan dan kondisi tayar seperti tanda kerosakan, lusuh, pecah, rekah dan retak. Jangan biarkan ketebalan bunga tayar kurang daripada 3mm. Tekanan angin untuk tayar pula boleh dibaca dalam buku manual atau pada pelekat di bingkai pintu. 

2. Pastikan Enjin Sejuk

Bahan penyejuk atau coolant perlu diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat kereta. Buku manual ada menyarankan jenis bahan penyejuk yang boleh digunakan, bergantung perbatuan dan variasi suhu. Isi mengikut paras ditetapkan. 

3. Pastikan Lampu Berfungsi Dengan Baik

Jarang pemandu memeriksa kesihatan lampu kereta mereka sedangkan sistem pencahayaan yang berfungsi baik sangat  penting untuk keselamatan pemanduan, terutama ketika malam. Ambil masa perhatikan kondisi lampu sama ada minta rakan atau pasangan melihat dari luar, atau anda sendiri keluar perhatikan keadaan semua lampu. 

4. Periksa Bateri

Bagi mengelak sebarang masalah atau kegagalan kuasa, periksa bateri sebulan sekali. Bersihkan terminal dengan berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak kakisan berlaku. Jika mahu bajet, boleh saja cuci gunakan soda bikarbonat atau minuman Coca-Cola, tetapi pastikan dibilas sebersihnya. Elakkan bahan kimia kuat.

Pastikan penutup lubang isi air bateri ketat supaya tidak dimasuki bahan cuci. Selepas benar-benar kering, boleh semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk elak pembentukan kakisan. Kerapkan memandu jarak dekat dan sekali-sekala bergerak jauh adalah cara terbaik memastikan bateri dicas baik.

5. Tukar Penapis

Kereta ada dua jenis penapis: iaitu penapis enjin yang diletakkan dalam enjin dan dan penapis kabin (juga dipanggil penapis aircond) yang diletakkan dalam kabin kereta.

Pastikan kedua-dua penapis diservis dan ditukar apabila tiba masa. Kotoran dan bendasing yang terkumpul lama pada penapis enjin boleh menyebabkan pembakaran enjin kurang optimum. Jika berlaku pada penapis kabin pula, penyaman udara pula jadi kurang sejuk, angin kurang kuat dan kabin boleh berbau.

6. Servis Penyaman Udara

Bukannya perlu diservis setiap hari atau minggu, tetapi cuma jadikan servis penyaman udara sebagai rutin penyenggaraan setiap setahun sekali. Kos servis berbeza mengikut jenis kenderaan dan bengkel, tetapi biasanya sama dengan kos servis major.

Jika tidak mahu rasa terbeban, anda memang perlu menabung setiap bulan untuk kos servis penyaman udara kereta. Ini lebih baik daripada perlu menanggung kos baik pulih akibat kerosakan yang boleh mencecah empat angka!

7. Servis Brek

Inipun sama seperti servis penyaman udara. Tetapi servis brek bergantung kepada kekerapan dan cara pemanduan anda. Semakin kerap memandu, atau selalu menekan brek tidak kira masa (kerana memandu secara melulu atau gelojoh), maka semakin cepat komponen brek akan haus.

Anda perlu peka dengan bunyi dari bahagian roda kereta kerana brek yang haus biasanya akan mengeluarkan bunyi seperti besi bergesel. Menggunakan komponen OEM juga mampu memanjangkan jangka hayat brek.


WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
  • Handsock Kayla

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://pandulaju.com.my/tahukahanda-buat-8-tip-penjagaan-ini-supaya-kereta-anda-kekal-tip-top/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping