icon-search

Tips Penjagaan Stokin

Tips Penjagaan Stokin

Kita selalu mengambil mudah untuk hal berkaitan penjagaan stokin. Kita hanya selalu menitik beratkan penjagaan pakaian berbanding stokin. Maka, saya mahu kongsikan  4 Tips Penjagaan Stokin yang betul.

1. Jangan gunakan berus baju
Jika anda mahu membasuh stokin menggunakan tangan, jangan sesekali anda gunakan berus baju kerana berus baju akan merosakkan material stokin anda dan mengakibatkan stokin anda cepat koyak.

2. Gunakan air sejuk untuk membasuh stokin
Elakkan daripada membasuh stokin dengan menggunakan air panas kerana air panas akan mengakibatkan getah stokin hilang elastik. Stokin anda akan mudah melorot apabila anda memakainya. Sebaiknya gunakan air sejuk untuk menjaga kualiti getah stokin anda.

3.  Jangan jemur stokin terus dibawah pancaran matahari.
Pancaran terus matahari akan membuatkan material stokin mudah rosak. Sebaiknya jemur stokin anda ditempat yang teduh dan berangin agar ketahanan stokin anda berada dalam keadaan baik.

4. Gunakan stokin bersesuaian dengan aktiviti
Pemilihan stokin yang digunakan mengikut aktiviti yang bersesuaian amatlah penting. Hal ini untuk menjaga ketahanan dan kualiti stokin supaya berada dalam keadaan baik. Jika anda ingin melakukan aktiviti suka mahupun aktiviti lasak pastikan anda memilih stokin yang berfungsi untuk bersukan seperti Soka sport. Jika anda mahu gunakan stokin untuk aktiviti seharian seperti keluar berjalan-jalan dan sebagainya, anda boleh gunakan stokin yang bersesuaian seperti Soka Alien atau Soka original yang pastinya sesuai untuk dipakai untuk aktiviti seharian.


Jom follow tips ini. Pasti stokin anda akan lebih tahan lama.





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping