Kerajaan sebelum ini mengesyorkan pemberian vaksin Pfizer-BioNTech kepada ibu hamil dengan usia kandungan antara 14 hingga 33 minggu.
Malah, pilihan hamil dan ibu menyusu turut diwujudkan dalam aplikasi MySejahtera bagi memberi keutamaan vaksin kepada golongan berkenaan.
Wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami sakit yang lebih teruk daripada jangkitan Covid-19 berbanding wanita yang tidak hamil. Mendapakan vaksinasi semasa hamil akan melindungi anda daripada mengalami penyakit Covid-19 yang teruk.
Mendapatkan vaksinasi adalah pilihan peribadi
Jika anda hamil dan mengalami dilema sama ada untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 ataupun tidak, sila pertimbangkan :
- Risiko anda terdedah kepada Covid-19
- Risiko sakit yang teruk
- Faedah vaksinasi yang sedia diketahui
- Bukti terhad tetapi semakin meningkat mengenai keselamatan vaksinasi semasa hamil
Vaksinasi dan menyusukan bayi
Laporan terkini menunjukkan wanita yang menyusukan bayi yang telah menerima vaksin Covid-19 mempunyai antibodi dalam susu mereka yang dapat membantu melindungi bayi yang disusukan. Oleh itu, bukti semasa menunjukkan vaksinasi Covid-19 tidak mendatangkan risiko kepada wanita yang menyusukan bayi, terutama sekali vaksin mRNA dan AstraZaneca.
Runding doktor anda
Sebaiknya, jumpa doktor jika anda mempunyai keraguan untuk membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat. Terutama sekali, jika terdapat komorbiditi termasuk obesiti, diabetes, dan hipertensi. Vaksinasi adalah selamat untuk wanita yang menyusukan bayi, malah mungkin juga dapat melindungi bayi anda.
Kesimpulan
Vaksin Covid-19 melindungi anda daripada penyakit yang teruk. Apabila risiko dijangkiti Covid-19 adalah melebihi risiko pengambilan vaksin, setiap wanita hamil harus pertimbangkan pengambilan vaksinasi.
*Vaksinasi harus diberikan semasa kehamilan berada di dalam usia antara 14 hingga 33 minggu.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA
www.socaz.my
Sumber: