Nabi dan rasul merupakan manusia yang diutus Allah SWT untuk menyampaikan wahyu kepada umatnya. Nabi dan rasul memiliki lima sifat terpuji yang patut dicontoh oleh umat Islam saat ini. Malahan lima sifat terpuji ini merupakan sifat wajib yang dimiliki nabi dan rasul sejak nabi pertama yakni Nabi Adam AS hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW. Berikut merupakan sifat terpuji Nabi dan Rasul:
- as-siddiq 9Benar)
- amanah (dapat dipercayai)
- tabligh (Menyampaikan wahyu)
- Fatanah - Cerdas
- Murah Senyum dan Selalu Ceria
1. As-siddiq - Benar
As-siddiq bermaksud membawa kebenaran, selalu benar, atau jujur. Seorang nabi dan rasul selalu berbuat yang benar dan berkata yang jujur dan tidak akan berkata bohong mahupun menipu.
Sifat nabi dan rasul ini terdapat dalam Alquran surat Maryam ayat 41. Allah berfirman mengenai Nabi Ibrahim AS. "Ceritakanlah (Hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang Nabi," firman Allah dalam surat Maryam ayat 41. "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri." (53:3). "Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." (53:4). Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw tidak pernah berbohong. Baginda mengucapkan perkara yang benar sahaja.
2. Amanah - Dapat dipercaya
Amanah bererti dapat dipercaya. Nabi dan rasul dapat dipercaya baik perkataan maupun perilakunya. Amanah juga bererti bahwa nabi dan rasul memegang tanggung jawab terhadap semua tugas, melaksanakan perintah, dan menepati janji. Sifat nabi dan rasul ini terdapat dalam surat Asy-Syu'ara ayat 106-107. Dalam surat ini, Allah berfirman bahwa Nabi Nuh AS memiliki sifat Asy-Syu'ara. "Ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka: 'Mengapa kamu tidak bertakwa?Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu," terjemahan surat Asy-Syuara ayat 106-107. Rasulullah tidak pernah mengkhianati sesiapa pun. Apabila diberikan sesuatu amanah, baginda pasti akan menjaga amanah tersebut dengan baik. Contohnya, baginda menyampaikan risalah dan hidayah daripada Allah melalui malaikat Jibril as kepada umat manusia sebagai satu amanah.
3. Tabligh - Menyampaikan wahyu
Tabligh bermaksud menyampaikan wahyu. Allah SWT mengutus Nabi dan rasul untuk menyampaikan pesanan kepada setiap umatnya. Nabi dan rasul menyampaikan peringatan dan khabar gembira bagi setiap umatnya melalui dakwah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan. Allah memerintah nabi dan rasul untuk menyampaikan wahyu seperti dalam surat Al-Maidah ayat 67. "Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir," terjemahan surat Al-Maidah ayat 67 Nabi Muhammad saw bertanggungjawab untuk menyampaikan wahyu dan petunjuk Allah kepada umat Islam. Baginda tidak menyembunyikan perkara tersebut. Sebaliknya, baginda akan menyebarkan apa yang telah diajarkan kepadanya untuk seluruh umatnya.
4. Fatanah - Kebijaksanaan
Fatanah bererti kebijaksaan. Nabi dan rasul merupakan manusia yang memiliki kebijaksanaan baik secara intelektual, emosional, mahupun spiritual. Baginda bijak dalam berdakwah sehingga berperang. Mereka memiliki kemampuan menyusun strategi dan berkomunikasi dengan baik. Kebijaksanaan inilah yang membuat nabi dan rasul berhasil dalam menyebarkan agama Allah dengan baik dan cepat. Rasulullah saw memiliki kebijaksanaan, khususnya dalam menyampaikan dakwah baginda kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kerenah dan lapisan umur. Jelaslah bahawa para rasul mengamalkan ciri-ciri di atas sepanjang kehidupan mereka.
5. Murah Senyum dan Selalu Ceria
Rasulullah SAW adalah insan yang murah senyum dan selalu ceria. Baginda juga selalu mengeluarkan perkataan yang baik. Dalam sebuah hadits, disebutkan bahwa perkataan yang baik akan menaikkan darjatnya di syurga. Rasulullah SAW bersabda: "Dan yang termasuk mengangkat darjat adalah perkataan yang baik, menyebarkan salam, memberi makanan, solat malam saat manusia dalam keadaan tidur." (HR. Ahmad dan disahihkan oleh Al-Allamah Al-Albani dalam Shahih Al-Jami') Orang yang memiliki senyuman hangat, berkata baik, dan selalu ceria adalah orang yang akan selalu dirindukan dan sangat dicintai. Adapun, buah dari bermuka ceria adalah menumbuhkan kecintaan terhadap sesama kaum muslimin, mewujudkan perasaan ketenangan saat bertemu sesama muslim, mendapat ridha dari Allah SWT, dan mengikuti Rasulullah SAW.
Kenalilah Nabi Muhammad SAW secara bersungguh-sungguh dan ikutilah apa yang dilakukan oleh baginda. Mudah-mudahan, melalui pengenalan dan pengamalan sifat-sifat tersebut, kita dapat meneruskan legasi Rasulullah saw dalam menyebarkan rahmat buat sekalian alam. Mengenali Nabi Muhammad saw sebenarnya kita membicarakan sejarah kehidupan insan kamil yang diperturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia sebagai ikutan dan teladan yang wajib dicontohi dan sebagai penutup para nabi dan rasul.
Waoh, bestnya. SOCAZ masih terus kan BIG SALE NI
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
Banyak warna yang menarik untuk ana semua pilh
Jangan tunggu lama, ada stock nak habis
Contect number di bawah untuk order:
www.socaz.my
Sumber