Ketika jiwa berasa kosong kerana tidak terisi dengan mengingati Allah SWT dan pada masa, dihambat pelbagai tekanan, ia sebenarnya membuka peluang untuk seseorang diganggu makhluk halus. Secara umumnya, kejadian seperti histeria dan masalah kesihatan mental termasuk halusinasi boleh juga berpunca daripada pengaruh syaitan, jin dan iblis yang menyerang serta menguasai individu yang lemah kerohaniannya. Firman Allah SWT: "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu menderhaka perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang yang zalim; pengganti yang mereka pilih itu." (Al-Kahfi: 50)
Al-Quran dan hadis banyak menyebut mengenai iblis serta syaitan yang akan kekal hidup hingga kiamat dan Allah SWT menceritakan bagaimana ia akan cuba untuk membawa manusia ke jalan kesesatan. Maka, penting kepada Muslim untuk meletakkan keseimbangan fizikal dan spiritual untuk menghindari daripada gangguan syaitan memandangkan ia sukar dikesan kerana tidak dapat dilihat mata kasar. Penceramah dan pengamal rawatan Islam, Halim Din, berkata seseorang yang mengalami gangguan makhluk halus sinonim dikaitkan dengan mereka yang mengalami tekanan perasaan dan ketidakstabilan emosi. "Apabila tekanan perasaan datang, emosi kita akan kosong yang akhirnya menyebabkan peluang ini diambil jin dan syaitan.
"Nabi Muhammad SAW ada menyebut, jin, iblis dan syaitan ini masuk dalam diri kita melalui saluran darah. "Ia sehingga boleh menyebabkan berlaku kerasukan yang bukan dibuat-buat tetapi di luar kawalan diri," katanya. Beliau berkata, apabila dalaman atau jiwa seseorang itu kosong mungkin disebabkan ditimpa ujian, tekanan atau sedang dihimpit dengan pelbagai permasalahan hidup, maka mereka ini tidak boleh dibiarkan tanpa sokongan serta bantuan. "Orang yang sedang berdepan pelbagai tekanan hidup ini, perlu sentiasa ada seseorang atau ahli keluarga untuk sentiasa mendengar masalah dan berada dengannya sebagai sumber kekuatan. Individu ini tidak boleh dibiarkan berseorangan kerana lebih mudah gangguan syaitan itu muncul," katanya.
Beliau berkata, kebergantungan kepada Allah SWT sepenuhnya dapat menghindarkan diri kita daripada gangguan sedemikian. "Segala-galanya berpunca daripada hati yang perlu bergantung kepada Allah SWT, iaitu dalam bentuk zikir dan amalan tidak putus-putus. Ada juga kes dalam kalangan orang tinggi ilmu agamanya seperti hafiz al-Quran turut mengalami gangguan sebegini kerana ada dalam kalangan syaitan dan iblis ini memilih untuk berdamping dengan individu disukainya," katanya. Setiap umat Islam perlu melengkapkan diri dengan 'pendinding' bagi mengelakkan gangguan sedemikian. "Orang yang jiwanya kosong akan memerlukan pendinding diri dan ia masih boleh diamalkan termasuk dalam kalangan wanita yang didatangi haid.
"Walaupun tidak boleh memegang al-Quran dan mengerjakan solat, amalkan niat zikir bagi membaca ayat al-Quran seperti ayat Kursi bagi mengelakkan gangguan syaitan dan iblis. "Selain itu, usahakan untuk mendengar ayat suci al-Quran dengan kerap. Ini antara cara bagi membina kekuatan dalaman daripada sebarang bentuk gangguan," katanya. Beliau berkata, usah sesekali menyimpan penderitaan atau gangguan itu seorang diri, sebaliknya usahakan untuk mendapatkan bantuan keluarga dan nasihat ahli agama. "Jika kita sedar emosi sedang terganggu atau perkara seumpamanya, usahlah dibiarkan, sebaliknya carilah kawan dan minta nasihat apa sepatutnya dilakukan dalam keadaan sedemikian. Lebih baik berjumpa dengan pengamal perubatan Islam untuk ruqyah dan mendapat sokongan orang sekeliling umpamanya sama-sama mengajak untuk melakukan solat sunat tahajud, membaca al-Quran dan mengingatkan untuk sentiasa berzikir kepada Allah SWT," katanya.
Berkongsi pengalamannya, Halim berkata, individu yang mempunyai sejarah pernah mengalami gangguan syaitan dan iblis perlu lebih berhati-hati kerana perkara ini boleh berulang semula jika tidak segera dipulihkan. "Bagi individu yang ada sejarah gangguan, potensi untuk kena semula tetap ada terutama jika emosi tidak tenang, berdepan tekanan atau ada masalah tertentu. Apabila perkara ini tidak dapat diselesaikan, gangguan ini akan lebih mudah berlaku semula," katanya. Halim berkata, setiap umat Islam wajib beriman mengenai kewujudan jin, iblis dan syaitan walaupun secara hakikatnya ia tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. "Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berada di masjid dan waktu itu baginda mengajar jin dan bukannya manusia. Sebagaimana disebut dalam al-Quran, iblis dan syaitan ini tidak akan mati dan akan terus menyesatkan anak Adam sehingga kiamat kecuali manusia ikhlas beribadat kepada Allah SWT.
"Jadi, antara cara untuk mengelakkan terkena gangguan makhluk halus adalah dengan memperbaiki niat untuk melaksanakan ibadat semata-mata kerana Allah SWT," katanya. Halim berkata, antara sahabat Rasulullah SAW yang ditakuti iblis dan syaitan ialah Sayidina Umar al-Khattab RA. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar, demi zat yang jiwaku berada pada-Nya, sudah cukup untuk mengerti kemuliaanmu bahawa tidaklah syaitan terserempak denganmu melainkan memilih jalan selain jalan yang engkau lalu." (HR Muslim) "Apabila Umar ingin memasuki masjid, syaitan dan iblis tidak akan masuk melalui pintu yang dimasukinya, manakala ketika beliau menggunakan jalan atau lorong, makhluk halus itu juga tidak berani melaluinya," katanya. Beliau turut memberikan nasihat supaya orang awam tidak menjadikan isu gangguan makhluk halus sebagai bahan jenaka, selain sengaja merakam video untuk ditularkan dalam media sosial.
Perkara ini usah dibuat main, jangan sesekali cabar jin, iblis dan syaitan ini dalam keadaan kita seolah-olah hero. Gangguan ini hanya boleh dihindari dengan ada pendinding diri dan ingatlah, sekiranya syaitan dan iblis ini masuk ke dalam diri kita, ia tidak boleh dikalahkan. Cuma boleh dihalau tetapi ia boleh masuk (merasuki) semula secara berulang dan berdamping dengan kita.
Alright, dah habis
Jom tengok BIG SALE SOCAZ
Banyak warna menarik untuk hottest item korang boleh pilih
Semua nya RM4.90, rugi tak join sale in
Jom, tekan link dibawah untuk oder:
www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.socaz.my
Sumber
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/06/704435/jiwa-kosong-pelawa-makhluk-halus-masuk