Anda mesti terfikir, dalam tajuk tersebut, bukankah malu merupakan salah satu daripada tiang iman kita? Baiklah, dalam tajuk ini, saya akan merungkaikan apa perlu kita tidak malu. Perkataan tidak malu bukanlah bermaksud anda pergi ke rumah jiran dan meminta-minta sesuatu atau meminjam barang tanpa memberitahu tetapi ianya perkara sebaliknya.
Malu itu bagus. Namun, ia sering disalah ertikan. Lebih teruk lagi, tidak dipedulikan, sehingga perlahan-lahan rasa malu itu hilang dan hilang. Malah, Imam Ibnu Majah seperti yang dipetik oleh galamedia dari islampos.com ada menyebut satu hadis yang menggambarkan betapa malu perlu ditanam untuk keselamatan sesebuah negara.
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW bersabda:
“Jika Allah (SWT) hendak membinasakan suatu kaum, nescaya akan hilang keaiban dari mereka. Apabila rasa malu itu hilang, yang muncul ialah kedegilan. Jika sifat keras hati sudah berakar umbi, Allah akan menghilangkan dari mereka sikap amanah (jujur dan bertanggungjawab).
Apabila sikap amanah telah hilang maka yang muncul adalah pengkhianat. Apabila pengkhianat bermaharajalela, Allah akan mencabut rahmatNya. Apabila rahmat Tuhan telah hilang, yang kelihatan adalah manusia terkutuk. Apabila orang-orang yang dilaknat merajalela, Allah akan menarik dari mereka tali-tali Islam ." (HR Ibnu Majah)
1. Pakaian sederhana tidak ikut trend.
Janganlah kita terlampau terikut dengan trend zaman kini sehingga kita terlupa atau terleka dengan apa yang kita boleh miliki. Pastikan berbelanja ikut kemampuan masing-masing kerana jika terlampau mengikut nafsu dan membazir itu adalah amalan syaitan. Bukankah Islam sudah mengajar kita bahawa beserdehana itu adalah lebih baik daripada menunjuk apa yang kita ada kerana rezeki itu datang daripada Allah, dan tanpa rahmat-Nya, kita hanya insan yang terkutuk.
2. Ibu bapa yang miskin.
Khuatir ketika rakan-rakan memberitahu bahawa keluarga anda ataupun orang lain? Tidak perlu. Walau kaya atau miskin keluarga kita, kita tiada hak untuk menjatuhkan ataupun memarahi keluarga kita. Ibu bapa sudahpun cuba yang terbaik untuk membesarkan kita dengan mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anak sungguhpun mereka hanya melihat anak-anak mereka makan. Kadang kita tidak fikir bahawa mereka si ibu bapa bekorban jiwa dan raga untuk anak-anaknya agar dapat apa yang mereka perlukan, bukan apa yang mahukan. Keperluan itu adalah prioriti, manakala kemahuan ialah belanja mengikut hati. Lapangkan dada, kosongkan minda, Allah itu Maha Kaya. Jika ibu bapa anda hanyalah sebatang kara, berusahalah demi mereka agar anda dan ibu bapa anda hidup senang bersama.
3. Hidup sederhana.
Seperti dalam point yang pertama, hidup beserdehana merupakan aspek yang penting dalam kehidupan atas faktor-faktor yang tertentu. Dalam Al-Qur’an dan sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam iaitu hendaklah berbelanja dengan cara yang sederhana, tidak berlebih-lebihan atau membazir. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 67:
“Dan mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-duanya.”
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam sendiri mengamalkan sifat qanaah dan bersifat sederhana. Di dalam sirah ada menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam sendiri hidup dalam keadaan yang amat sederhana, walaupun bukit dan gunung-ganang yang ada disekitarnya pernah ditawarkan agar dijadikan emas dan perak, akan tetapi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam menolaknya dan tetap memilih cara hidup yang sederhana.
4. Teman yang sikit, yang penting berkualiti.
Dengan maksud sedikit teman, bukanlah ia ditakrifkan sebagai kita anti-sosial, tetapi dengan mengambil langkah bijak dalam memilih kawan. Kawan merupakan faktor utama dalam membentuk salalilah diri kita selain daripada keluarga dan faktor selebihnya. Memilih kawan yang berkualiti adalah seperti orang yang berakal, orang yang soleh, orang yang tidak sayangkan dunia dan orang yang jujur perkataannya.
Dalam Islam, setiap mukmin digalakkan untuk memilih sahabat. Tujuan memilih sahabat ini bukanlah untuk mencari sahabat yang sempurna atau yang mampu memenuhi kekurangan diri, tetapi untuk membantu diri dan orang lain dalam setiap urusan agama dan kehidupan seharian. Wallahua'alam.
Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!
Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://twitter.com/RohayatiHussin/status/1465669507985272833
http://www.kheu.gov.bn/Lists/Khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=783
https://utusantv.com/2021/05/25/hati-hati-mencari-kawan-inilah-5-cara-memilih-sahabat-pesan-imam-al-ghazali/