Kebanyakkan orang tidak tahu bahawa menunaikan ibadah seperti solat bukan sahaja menghapuskan dosa kita, tetapi ia lebih daripada itu. Allah S.W.T mencipta manusia untuk terus beribadah kepada-Nya kerana tanpa Sang Pencipta Siapalah kita.
Sembahyang adalah rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan sembahyang ini telah pun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Sesungguhnya kedudukan ibadah sembahyang adalah amat tinggi disisi agama Islam kerana sembahyang merupakan tiang agama, maka sesiapa yang mengerjakan sembahyang bererti ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti ia telah merobohkan agamanya. Sembahyang itu merupakan tiang agama Islam yang wajib ditegakkan.
Di malam pertama, Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Di malam kedua, Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Di malam ketiga, Para malaikat di bawah Arash menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Di malam keempat, Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.
Di malam kelima, Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram, Masjid al-Madinah dan Masjid al-Aqsa.
Di malam keenam, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Bait al-Ma’mur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih pada malam itu.
Di malam ketujuh, Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Di malam kelapan, Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.
Di malam kesembilan, Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Di malam kesepuluh, Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Di malam kesebelas, Dia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Di malam keduabelas, Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya seperti bulan.
Di malam ketigabelas, Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Di malam keempatbelas, Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menghisab mereka.
Di malam kelimabelas, Semua malaikat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat serta mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Di malam keenambelas, Allah SWT menuliskan baginya dalam kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Di malam ketujuhbelas, Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini seperti pahala Nabi-Nabi.
Di malam kelapanbelas, Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Di malam kesembilanbelas, Allah SWT akan meninggikan darjatnya.
Di malam keduapuluh, Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Di malam keduapuluh satu, Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.
Di malam keduapuluh dua, Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang dukacita dan kesedihan pada hari tersebut.
Di malam keduapuluh tiga, Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga.
Di malam keduapuluh empat, Allah SWT akan memberinya dua puluh empat permintaan yang mustajab.
Di malam keduapuluh lima, Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.
Di malam keduapuluh enam, Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.
Di malam keduapuluh tujuh, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Di malam keduapuluh lapan, Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di syurga.
Di malam keduapuluh sembilan, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Di malam ketigapuluh, Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam air yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar.
Sumber Hadith
Hadith ini terdapat di dalam kitab Durrah al-Nasihin pada halaman ke 19.
Hukum Hadith
Hadith ini adalah palsu lagi dusta di atas nama Nabi SAW dan juga sahabat baginda SAW iaitu Ali bin Thalib. Di samping itu, haram bagi kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, telah jelas tanda-tanda atau ciri-ciri kepalsuan hadith tersebut seperti yang telah digariskan oleh para ulama’. Antara ciri-ciri hadith paslu adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Qayyim di dalam karyanya:
“Hadith palsu itu antara cirinya ialah padanya terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menetapkan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah”. [Lihat: al-Manar al-Munif, 51]
Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!
Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1097-irsyad-al-hadith-siri-ke-86-hadith-kelebihan-solat-sunat-tarawih-setiap-malam
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/05/06/kelebihan-tarawih